Thursday, December 30, 2010

senyum lebar sampai telinga


Bismillahirrahmanirrahim….

Ehem ehem ehem. Semua blog yang saya bukak pagi ni semua cerita pasal bola malam tadi. tak sia-sia usaha jurulatih yang menurunkan pemain muda untuk timba pengalaman. yela, kalau duk simpan yang muda-muda, pastu keluarkan yang tua-tua, bila yang muda tu nak ada pengalaman. hidup perlu perubahan. perubahan tak semestinya membawa kejayaan, tapi kita akan dapat lihat perbezaan dengan adanya perubahan. betul tak?

oh ya, tak kurang jugak yang cerita pasal fahmi si keeper yang dikatakan agak rendah untuk seorang goal keeper (betul ke?)

rujuk sini.

http://sharinginfoz.blogspot.com/2010/12/malaysia-juara-piala-suzuki-aff-2010.html


ini, ulang tayang semalam. ceh. balik rumah bukak internet terus taip aff+suzuki cup+final 2nd leg kat Google. dan ini hasilnya. =)

kat rumah kami malam tadi, kawan saya duk terjerit-jerit tiva!!tiva!! pada S. Kunalan. asal nampak lelaki india, dia panggil dengan nama tiva-sempena nama kawan sepejabat kami. apa motif sebenar, saya pun tak dapat nak pastikan.


Apapun, tahniah buat pemain atas kemenangan ni. macam biasa, saya dan partner shift memonteng keluar 3 jam balik rumah untuk makan sambil tengok perlawanan ni. heheh. Tak sia-sia. Hohoho.. harini baru terfikir, apa agaknya jiran-jiran fikir bila dengar kitorang terjerit-jerit semalam? Aiyakk…. Turun saham.


Actually harini saya dalam mood happy go lucky. Wah. Dah nak hujung tahun, cepat-cepat hati ni happy. Kenapa? sebab:

1. Apa lagi kalau bukan atas kemenangan semalam. senyum sampai ke pagi.

2. Harini dapat confirmation letter. Meaning to say, I'm officially working in Infineon Tech. Kulim. No more a trainee. Alhamdulillah… thanks God.

3. Ehem. Yang ni lagi buat saya bertambah-tambah happy. Gaji. Yaww…. Duit duit… di mana kau duit…. Heheh. Uishhh…. Zakiah, sila buat plan penyimpanan wang sekarang. -_-'

4. Ok. Yang ni last kot. Hari ni start cuti. Tak lama pun. 3 hari je. Tapi cukup bermakna buat saya yang tak cuti lagi selama 9 hari ni. tadi jugak sempat bersembang dengan kawan sepejabat pasal cuti percuma esok. Dalam pada dok ingat esok khamis, kawan ni tadi tegur. Zakiah, esok jumaat ye, bukan khamis. Haish. Memang perlu cuti ni.


masa untuk enjoy-enjoyan. tapi di mana? dengan siapa? nak buat apa? masih difikirkan.


Monday, December 27, 2010

short and simple.

bismillahirrahmanirrahim....


curi-curi masa untuk menaip sebentar. baru balik kerja. hari pertama kerja malam setelah 5 hari berturut-turut kerja siang. masih ada 3 hari lagi. fuh. penat. letih. tapi zakiah, sila fikirkan imbuhan anda. wah! mata duitan. T_T

dah lama tak balik rumah abang. semalam abang datang, sempat melepaskan rindu. ceh. zakiah memang budak manja la. *sigh* mungkin minggu depan boleh curi masa untuk ke sana. berjumpa kanak-kanak yang nak masuk sekolah itu.

oh ya. tahniah buat pemain-pemain negara yang berjaya membuahkan 3 bijik gol malam tadi. tak sia-sia saya curi-curi masa (saya memang suka curi masa ke? -_-') balik rumah semasa waktu bekerja untuk tengok bola kat rumah. yeayyy!! well....kerja malam, bos tak ada. heh.


dapat video permulaan je. tak jumpa lagi video yang tunjuk diorang main.

urmm... final kedua hari rabu ni. err.... malam tu saya kerja. heh. rasa nak tumbuh tanduk jahat >:)








Saturday, December 18, 2010

kurang diajar? atau kurang belajar?


bismillahirrahmanirrahim...

burrppppp.... alhamdulillah... baru abes makan bihun sup, pisang goreng, ayam goreng, dan milo panas. menu penutup untuk harini. pagi tadi dimulakan dengan sebijik coklat sebagai sarapan pagi. lepas tu diikuti dengan bihun goreng+telur goreng+sandwich dan air sirap untuk minum pagi. tengah hari pulak ditemani dengan laksa+buah betik dan ciku, bersama air limau kasturi. dan seterusnya petang perut dijamu dengan air laici+snack cheezel dan corntos (whatever la ejaan dia macam mana pun. aku tau makan je). dengan senarai tu, rasanya dah cukup nak bagitau bahawa nafsu makan saya memang sukar nak dibendung buat masa sekarang. I earned 2 kg after hari raya haji. hoh. hebat bukan? T_T

hah. tengok tajuk baru ingat. nak cite nih. tadi pergi pasar malam. sambil berjalan tu sambil saya bercakap di telefon. tiba-tiba ada pulak mangkuk-mangkuk ayun yang umur dalam range belasan tahun mengajuk perbualan saya. macam sial. biadap betul. kurang ajar. no wonder our MOE proposed civic learning into syllabus. sebab budak sekarang dah kurang kesedaran sivik. dah tak reti nak hormat orang yang lebih dewasa. spender pun emak yang beli. ada hati nak kurang ajar dengan orang. s*u*i*.

sorry if i'm too rude this time. memang sangat panas hati. rasa macam nak tempeleng je budak-budak tu. pikir yang dia anak entah sape-sape, terpaksa lupakan hasrat tu. tapi mulut laser I memang lepas jugak la tadi. then the good side of me remind
me, they might act like that because nobody care to them. just pray for them, hopefully they will change. and hopefully in future, if I have chance to have kids, they won't be like them.

and balik tadi, jumpa pic's ni. tak banyak, tapi rasanya cukup untuk menggambarkan insiden semalam.


rombongan pekerja dari fab building.


golongan yang sampai awal. heh. hebat...


pua chu kang versi malaysia- boot kaler putih.

bukan saya dan kawan-kawan je yang mampu ketawa dalam situasi cemas begini. -_-















* tadi review shiftplan, baru tau yang orang lain pakat amik cuti since quarter change is coming. ingatkan 2 orang je cuti. rupanya 4 orang!! now tinggal kami bertiga sebagai kuli batak. weh, korang cuti sikit-sikit dah la. sapa nak buat kerja ni??

** lately selalu mimpi benda bukan-bukan. last night mimpi toyol. Ya Allah.... dah baca doa semua dah. apa maksudnya?



Friday, December 17, 2010

baby why you down?

bismillahirrahmanirrahim...

hoh. baby sapa yang down nih? no. no. no.... actually nak cerita, petang tadi ada power trip kat kilang. sebelum ni selalu pikir, apa akan jadi kat kilang kalau tetibe takde elektrik? then tadi baru tau impact dia. huhuh. first time owh menghadapi situasi camtu. lucky me because I was in the office that time. actually before tu memang berniat nak masuk fab, but then perut rasa lapar meminta makanan. maka harus melayan perut. lalu keluar dari fab dan terus ke kantin untuk makan. oh gemuk.

tengah sedap-sedap makan kat ofis, tiba-tiba air-cond off. thought the facilities saja nak off air-cond. so biarkan jela. tapi masing-masing bising jugak sebab agak panas duduk dalam ofis yang takde pendingin hawa walaupun untuk beberapa minit. lepas tu ada pulak yang termengintai ikut luar tingkap dan nampak ramai orang evacuate dengan bergowning suit. dalam erti kata lain, fab building encountered a problem! oleh sebab kami berada di main building, maka masing-masing hanya buat tak tau dan terus mengintai dari sebalik tirai. ceh. after a few minutes, then it comes to normal. but only for 1-2 minutes. then the same thing happen again. and this time baru kami dapat arahan untuk ikut evacuate. hohoh. ingatkan duduk dalam main building dah selamat. ceh. ceh. dan nasib la kami dari ofis. tak dapat nak bayangkan saya evacuate dari fab dengan bergowning suit. tadi pun dah gelak-gelak tengok kawan-kawan yang keluar dari fab sebab diorang semua pakai boot putih (gowning suit dah diserah kepada pihak clean room) macam pakcik nak pergi berkebun. kehkehkeh.... hoh. see? masih sempat bergelak ketawa dalam situasi macam ni. -_-'

anyway, sejam jugak tau jadi camni. bayangkan apa yang jadi kat all products? all wafers in furnace? wafers yang tengah coat? yang tengah etch? apa akan jadi pada tools yang down? nak kasik dia up balik. hadoiiii...... ada antara kami kat bawah ni dah sibuk mengira berapa bonus yang tinggal setelah bakal menghadapi ribuan wafers scrap. hoh. balik office lepas tu, sakit kepala tiba-tiba. sebab tau lepas ni bakal berhadapan dengan lambakan tugasan gara-gara insiden yang tak diingini ni. department kami bakal menerima lambakan product untuk discan. dan kami para engineer bakal pening kepala dengan lambakan defects yang entah apa-apa. saya pasti itu. T_T

doakan saya sentiasa sihat dan tabah untuk menghadapi semua ini. takde orang weh nak kerja. semua orang amik cuti. tinggal berapa kerat je nih. hadoiiii........













* nak mintak MC 2 minggu. -_-



Tuesday, December 14, 2010

mari bertunang


bismillahirrahmanirrahim....

wah! baru dapat rehat. harini cuti sehari setelah berhempas pulas OT 2 hari lepas. Alhamdulillah, OT yang tenang tanpa sebarang masalah besar dan tak dilimpahi dengan lambakan lot. heheh. sort of makan gaji buta jugak sebenarnya 2 hari ni, sebab datang OT tapi takde kerja. T_T

actually nak update cerita sebelum dan masa saya balik kampung haritu. ada 2 majlis sebenarnya. 1 majlis pertunangan abang, tapi yang ni saya tak balik. and 1 lagi kenduri kawin rakan sepermainan zaman kecik-kecik dulu. heh. suka dapat pergi kenduri kendara nih. ingat lagi dulu masa kecik-kecik kalau pergi kenduri selalu curi-curi jenguk bilik pengantin. masa tu kagum sangat dengan pengantin yang mekap cantik-cantik. pastu rasa nak kawin jugak. hoh kecik-kecik dah gatal. tapi nampaknya makin besar ni perasaan tu tak berubah. tak sabar tunggu kenduri kawin sendiri yang entah bila. -_-'

cakap banyak malas. just nak tepek gambar je.

sekitar majlis pertunangan abang.

majlis pertunangan abang. pagi tu dimulakan dengan aktiviti makan-makan. tengok makanan yang berlambak. semua disediakan oleh mak dan mak sedara. menjamu macam majlis nak dibuat kat rumah diorang je.

muka-muka lain yang leka menjamu selera.


wakil dari pihak perempuan


tukang cakap bagi pihak lelaki. siapa lagi kalau bukan ayahanda kesayangan. itupun selepas bertolak-tolak dengan abang sulung dan paksu. sebab masing-masing takmau jadi wakil bercakap pihak lelaki. eh boleh pulak macam tu. T_T


rombongan pihak lelaki.


rombongan pihak lelaki lagi. dari kiri-paksu, abang, anak abang. yang sebelah tu dah masuk wakil pihak perempuan. dan jangan main-main dengan budak baju belang tu. dia antara orang kuat majlis. kuat mengutuk. @_@'


hantaran kedua belah pihak. bertungkus lumus saya dengan emak fikir warna tema hantaran , macam mana nak decorate hantaran, nak siapkan hantaran sebab abang tak tau apa. kata dia, 'buat jela macam mana pun. janji cantik'. pandaiiiiiii.......


anyway, puas hati. suka dengan bekas cincin buatan sendiri walaupun simple tapi tetap suka sebab hasil kerja sendiri. *_*


sirih junjung gubahan emak. digabungkan dengan buah-buahan. jimat ruang dan dulang katanya. hohoh. suka jugak yang ini sebab nampak macam kebun bunga je gayanya. -_-


fokus pada bahulu ikan yang besar tu. ni 1st time saya tengok bahulu ikan sebesar tu. agak jakun. hoh.


dan ini pun saya suka jugak. buah dari pihak perempuan. suka sebab variasi buah. tak kedekut. macam-macam adaaa....


and lastly, ini tunang abang saya. muka? mana boleh tunjuk..

Saturday, December 11, 2010

kerja kenduri

bismillahirrahmanirrahim....

malam semalam-tidur dan mimpi benda bukan-bukan. antaranya, mimpi seorang kawan dapat anak tapi belum bersuami. ya Allah... mintak dijauhkan. kedua, mimpi sesat dalam perjalanan. ketiga, hujan lebat.

hari ini-sempat curi-curi keluar semasa waktu rehat untuk ke pokok sena (yang kat butterworth tu, bukan pokok sena kat kedah) untuk majlis kenduri kahwin rakan sepejabat. heh. asik keluar pergi kenduri je. hikhikhik.

pergi 2 kereta, seramai 6 orang. keluar dari kilang pukul 12.30 tengah hari. sampai di rumah kenduri pukul 2 petang. dan apa yang saya mimpikan jadi kenyataan! kami sesat dalam hujan. cesss... gara-gara driver (kawan) dan co-pilot (saya T_T) yang salah masuk simpang dari mula. sepatutnya dari Lunas terus masuk simpang kanan arah Bertam, tapi kami dengan konfiden masuk simpang kiri arah Penanti. heh. yang geramnya, lelaki-lelaki yang ikut kereta kami kat belakang tu boleh ikut je kesesatan kitorang. sampai la kami betul-betul sesat sampai ke permatang pauh, baru la masing-masing nak call bagitau eh, pusing balik, kitorang tau jalan. ceh. membazir masa dan minyak kereta.

akhirnya berpandukan tele-peta (peta melalui telefon-call sorang lagi rakan sepejabat untuk bagitau jalan yang benar), dan hasil rajin bertanya kat orang tepi jalan, maka kami pun sampai ke destinasi yang dicari. itu pun tadi hampir tercrash kenduri orang lain. hahaha. siap dah bagi signal nak parking kat depan rumah kenduri, rupanya itu bukan tempat kenduri yang sebenar. kehkehkeh.

apapun, kenduri tu memang best. yang penting makanan sedap! ada dalca, kari daging, acar buah, ayam goreng. nasi putih, nasi minyak dan nasi hujan panas. oleh sebab hari hujan lebat, saya makan nasi hujan panas (konon-konon nak selari dengan keadaan cuaca. ceh) dan ambik semua lauk!! -_-' ohh... tak lupa juga ada bihun sup (yang ni tak sempat nak rasa sebab dah kenyang) dan bubur kacan hijau yang sangat sedap. yummyyy.....

anyway, gambar takde sebab tak bawak kamera. mungkin akan datang bakal letak entri bergambar sahaja. theeheehee.....

oh. lupa. kami balik kilang pukul 3.00 petang dan sampai di kilang pukul 3.40 petang. mentang-mentang bos takde, masing-masing buat perangai tak ingat dunia. adeyyy....








* nak update cerita kenduri kahwin kawan dan majlis bertunang abang. lain kali la.


Thursday, December 2, 2010

minyak kereta



bismillahirrahmanirrahim....


happy december!! wah. siap happy happy sangat masuk bulan terakhir nih. heheh. harap-harap takde lagi masalah timbul seperti bulan lepas.

anyway, segala perancangan yang dirancang haritu berjalan lancar. Alhamdulillah... dah hantar separuh barang-barang ke rumah baru, dah bayar bil, dah tengok harry potter -_-'. tapi belum transfer duit gaji. dan masih belum bayar pinjaman kereta. aiyakkkk... mesti bayar esok sebab perlu bayar sebelum 5 haribulan. ish ish i
sh.

nak tau tak, semalam saya kerja half day. sebab tengah hari tu nak pergi kenduri office mate. dan manager yang baik hati telah meluluskan cuti saya. yeayy. semalam decide nak cuti, semalam apply, dan semalam jugak diapprove. hik hik. terima kasih manager yang baik hati. esok esok boleh bagi cuti lebih lagi. upss.. tapi takde gambar masa kenduri. sebab kami sampai sana dah pukul 3. salam-salam dengan tuan rumah, makan, sempat berbual sekejap dengan pengantin. lepas tu kitorang siap makan, pengantin dah tak ada. so pergi la merayau sekitar alor setar. memanfaatkan cuti yang ada. heh.

dan balik tu pulak, lepas ambil kereta kat kilang (sebab pergi satu kereta, guna kereta office mate) niat hati nak isi minyak. dalam kepala dah kosong. cuma
tau nak isi minyak je. sampai je kat petronas tu terus parking kat pam nombor 8. dan dengan konfiden je bayar rm30 kat kaunter. sekali tarik nozzle pam tu, baru tersedar rupanya itu minyak ron97! cessssss..... rm30 untuk minyak yang berharga rm2.3
3 seliter. berapa liter yang saya dapat? @_@'
-pasrah-





takpelah. lupakan. sekarang dalam mood riang gumbira nak balik kampung esok. yeayyy....



* doakan saya selamat pergi dan pulang. ^_^

Tuesday, November 30, 2010

501


Bismillahirrahmanirrahim....


heheh. saya suka angka 501. sebabnya? itu nombor rumah saya! dan bila melihat angka tu, rasa rindu terhadap kampung halaman membuak-buak. haha. manja punya orang. ceh.


* tapi bila nampak angka 501 kat jeans Levi's takde pulak nak rasa rindu ke apa. kenapa ye?

** harini dapat cuti half day. yeayy!!!! gumbira rasa hati. XD

Monday, November 29, 2010

esok


bismillahirrahmanirrahim.....



ceh. siap update apa yang bakal berlaku. entah-entah tak jadi buat. eh tapi akan dipastikan menjadi. -_-
berikut merupakan perkara-perkara yang bakal dilakukan pada hari esok (30 november 2010) bagi meraikan berakhirnya bulan november yang penuh duka
- rujuk entri sebelum ini.


1. bayar bil telefon

2. transfer gaji ke dalam akaun simpanan yang lain. kalau tak buat macam ni alamatnya memang sampai ke tua takkan berjaya menyimpan.

3. menonton harry potter di pawagam berhampiran. mana lagi kalau bukan kulim landmark central. ke kulim landmark centre? -_-' satu-satunya pawagam yang terdapat di kulim (big cinema). tapi masih memenuhi citarasa. ceh ceh
ceh...
*dengar cerita harry potter kali ni kurang menyerlah. betul ke? eh eh. orang lain semua dah tengok. kau sorang je belum. ceh lagi.

4. kemas barang.

i) untuk pindah rumah
ye, saya bakal berpindah ke rumah sewaan yang lain, tapi masih di bawah tuan rumah yang sama. sepatutnya pindah hari sabtu ini seperti kawan2 saya yang lain. tapi memandangkan sabtu saya bakal pulang ke kampung, maka saya terpaksa pindah lebih awal. T_T

ii) untuk balik kampung. sahabat zaman sepermainan bakal melangsungkan perkahwinan sabtu ini. maka harus balik. atau wajib balik? heheh. sengaja mencipta alasan untuk cuti. tapi tak mengapa. cuti tahunan masih banyak. tambah-tambah lagi bulan disember bakal dipenuhi dengan OT, maka perlu menggunakan cuti sebaik mungkin pada waktu-waktu sebegini.

5. apa lagi? oh ya... pinjaman kereta. ish. yang itu tunggu bulan 12 la baru bayar. kan kena bayar setiap awal bulan. esok adalah akhir bulan. maka tidak dibenarkan bayar pinjaman kereta hari esok. hahaha.. alasan lagi.





* teringin nak ke pantai. tapi cuaca tak mengizinkan. T_T



Sunday, November 28, 2010

november

bismillahirrahmanirrahim...



bulan sebelas tahun ni mungkin bulan yang kurang sesuai untuk saya agaknya. macam-macam perkara tak elok berlaku sepanjang bulan ni. sama ada jadi kat saya, family atau yang terdekat.

1. kesayangan nombor 1 cedera. tak lain tak bukan cik myvi tulah. lampu kat side mirror belah kanan tu pecah sedikit. namun masih boleh digunakan lagi. kejadian berlaku apabila abang kesayangan me'reverse' kereta lalu terlanggar tiang rumah. oh ya.. peristiwa ni berlaku pada hari raya korban. yang akhirnya mengorbankan side mirror cik putih. (taip pasal side mirror, terbayang side mirror patah yang ini. hohoh)

2. anak saudara jatuh basikal. berlaku sehari selepas kes side mirror, iaitu hari yang sama saya pulang ke butterworth.. malam saya sampai di sana, dia muncul dengan bahagian kanan muka bercalar hasil geseran dengan tar jalan. mulut pulak herot kerana dijahit. haishhh..... dah macam kaki pukul je aku tengok.

3. ayah kepada kesayangan meninggal dunia seminggu selapas raya. ini dah di beritahu sebelum ni.

4. terpaksa bekerja seorang kerana partner shift bercuti. bekerja seorang diri dengan ditemani beberapa senior selama 3 hari berturut-turut bukanlah suatu perkara yang menarik. lebih tak menarik bila hari sabtu, di mana saya terpaksa membentangkan report hari jumaat berseorangan di hadapan senior engineer dari bahagian lain tanpa ditemani oleh bos. (bos hanya turut serta dalam meeting hari isnin sehingga jumaat). yang lagi tak menariknya, sabtu haritu assitant engineer (AE) cuti. dan engineer yang ada cuma 2 orang - saya & seorang senior (zura).

5. malam ni, kesayangan saya eksiden. keretanya dilanggar dan melanggar. hahah. ok tak lawak pun zakiah. serius semula. sebuah volvo berplat singapura melanggar lari keretanya. melanggar keretanya lalu berlari/melarikan diri. atau melanggar sambil berlari? @_@



######################

* mungkin lepas ni takkan pilih november sebagai tarikh perkahwinan (oh tiba-tiba).
-_-'




Thursday, November 25, 2010

belasungkawa

Takziah buat Mohd Shafiq b. Abdullah dan keluarga atas pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah isnin lalu. Al Fatihah.



**********************************

Monday, November 22, 2010

adik


Bismillahirrahmanirrahim...
sebenarnya tengah hari tadi adik telefon. esok nak spm. maka harini hari untuk dia minta maaf kat semua adik beradik dan family serta rakan2. sedih pulak rasa dengar suara dia tadi. bersungguh2 nakkan yang terbaik untuk exam kalini.

macam tak percaya adik yang aku jaga masa kecik2 dulu da
h besar panjang. dah spm. dulu masa kecik2 selalu main sama2. selalu mak suruh jaga adik. tapi kakak dia yang sorang ni selalu bawak adik jalan2 rumah jiran, pastu tinggal dia main sorang2 sebab kakak dia nak main dengan kawan2 lain. hohoho.. tapi sekarang tidak lagi. adik yang dulu selalu aku jaga, sekarang dia yang ambik alih jaga kakak dia. dia yang akan teman kalau aku nak pegi mana2.dia yang akan selalu bagi nasihat tiap kali aku balik kampung or balik penang naik bas sorang2. dia yang akan bawak kalau aku nak pegi kedai time balik kampung (sebab tak pandai bawak motor T__T).

adik yang seorang itu jugak yang diharap untuk jaga mak ayah di kampung. memandangkan dia je yang tinggal dengan mak ayah buat masa ni. dan Alhamdulillah, dia bukan seperti anak muda lain yang suka keluar lepak malam2, buat aktiviti tak sihat yang boleh menjejaskan diri sendiri.

teringat dulu, masa dia form 3 or form4. dia bagitau yang dia malu kitorang panggil dia dengan gelaran adik. nak kitorang panggil dia dengan nama dia. sebab katanya kawan2 dia takde pun yang mak diorang panggil adik. ceh. dan mak cakap, panggilan adik tu lebih mesra dan lebih bersifat keluarga. lepas tu terus dia senyap. hahaha...

dulu, masa awal2 dia masuk sekolah menengah, jarang sebenarnya dapat borak2 dengan dia. tak tau kenapa. mungkin sebab masa tu anggap dia kecik lagi. lagipun dia selalu dengan kawan2 dia yang rajin datang rumah tiap2 hari. sekarang bila dah besar, kami jadi makin rapat. setiap kali balik mesti dia ada cerita2 yang nak dikongsi bersama. kadang2 dia yang akan jadi perunding untuk setiap yang saya pakai. tak boleh ketat sangat, tak boleh jarang sangat. kalau pakai tudung jangan seksi sangat sampai boleh menampakkan yang di hadapan tu. heheh. itulah adik saya.

2 hari lepas, dapat sms dari adik. dia bagitau handphone dia mak pegang. sebabnya dia taknak lalai dengan handphone masa musim exam. wahh.... kagumnya dengan adik saya! itu satu lagi kelebihan dia- matang dan boleh berfikir untuk kebaikan diri.

balik raya haritu, dia bagitau plan lepas spm. apa kursus yang nak diambil. mana arah yang dia nak pergi. dan tak lupa, macam2 petua & pendapat yang dia mintak. sama ada pendapat untuk dia melanjutkan pelajaran, dan petua untuk menghadapi spm. terdetik seketika dalam hati. rupanya aku tak pernah ada di sisi dia setiap kali dia menghadapi peperiksaan besar. tahun 2005, dia upsr. aku berhempas pulas untuk spm. tahun 2008, dia pmr. aku berhempas pulas dengan final exam kat uni. 2010, dia spm. aku tak lagi berhempas pulas dengan peperiksaan. tapi sibuk dengan kerja. dan kalau diimbas semula, memang ak
u tak ada dengan dia untuk tanya dan ambil berat soal pelajaran dia. tak macam kakak orang lain. sebab dari kecik aku tinggal di asrama, maka tak banyak masa untuk diluangkan dengan adik. sedih kalau diingat balik. cuma kadang2 kalau balik kampung baru boleh tanya tentang pelajaran dia. itupun dulu dia selalu mengelat taknak cerita. sebab takut kalau aku suruh buat kerja sekolah. sebabnya dia cakap aku garang kalau mengajar. hoooo.... sabar jela.

untuk satu-satuya adik saya, akak doakan adik berjaya di dunia dan akhirat. semoga tenang menjawab soalan2 spm. haishhh... sedih. betapa fragilenya hati seorang kakak bila sampai bab2 camni. sedih sebab tak berapa mengikuti perkembangan tumbesaran adik sendiri. T_T



................................................

* puas cari gambar dia. jumpa 1. itupun kena crops dulu, sebab ada campuran gambar yang tak sepatutnya. hoho..

adik saya ^_^



Saturday, October 2, 2010

Serba sedikit

Hujan yang turun…

Bagaikan mutiara…

Ooo…. Lalalalalala…….

Wahh! Dah lama tak menaip. Err, maksud saya menaip di blog nih. kalau menaip report kat kilang tu memang hari2 duk mengadap sampai nak keluar muntah hijau dibuatnya. Huhuh. Ini pun baru balik kerja. Haishh…. Sejak masuk shift siang ni hari2 balik lambat wooo. Huiii…. Ish, sabar zakiah…. Kerja itu ibadat. Eceh…. Baiknya saye. *_*

Err…. Sekarang masih bulan syawal kan? Walaupun dah sampai penghujung tapi saya tetap nak ucap selamat hari raya kepada kawan2. ^_^ Eh…. Raya sebulan kan. Puasa sebulan, raya pun mesti sebulan jugak. Sape tak pose penuh sebulan tanpa alasan kukuh jangan ngada2 nak sambut raya sebulan jugak. Ceh. Siap bold lagi tuh. Tak boleh tahan……..

Erm…. Update serba sikit la.

Raya tahun ni sangat menarik sebab :

1st time beraya dengan gaji sendiri.

1st time bagi duit raya kat budak2 kecik. T_T

1st time beraya dengan cik putih sayang. Maka dengan itu raya tahun ni merupakan raya pertama di mana saya boleh pergi ke mana je yang saya nak pergi sebab dah ada transport. Hari2 mesti keluar beraya. Lalalalala…. *_*

1st time balik drive sendiri. Huhu. Okey, tipu sebenarnya sebab balik Pahang abang yang drive dan saya tido kat sebelah. Sebab malam sebelum balik Pahang saya kerja dan pagi tu tak boleh nak drive sebab terlalu mengantuk. Oleh sebab saya sayangkan diri saya dan orang2 tersayang maka saya import abang yang tinggal di rawang supaya datang penang naik bas, then bawak keta balik Pahang. Balik penang baru gilir2 bawak keta. Fuh. Penat eksplen.

1st time beraya dengan ehem2. Hak3. Poyo. Itu pun nak cerita. Huh.

Ok, habis cerita raya. Walhal dah nak sebulan baru sibuk cerita pasal raya. Sekarang duk pikir nak apply cuti untuk raya haji sebab raya haji jatuh pada hari saya bekerja. Ish…. Macam mana nak balik kampung nih. @_@'

2 minggu lepas raya, saya balik kampung lagi untuk jumpa orang2 tersayang. Hahahaha…. Kerja gila, tapi kali ni balik naik bas. Maka tak gila sangat.

Yang agak gila bila habis cuti dan mula masuk kerja, tekanan kerja bertambah. Kerja makin banyak, tugasan makin banyak, dan makin banyak perkara baru untuk dipelajari. Harini (pagi tadi) ditugaskan untuk chair meeting. Luckily sebab harini sabtu, maka managers and director didn't come. So saya cuma present di hadapan senior engineers. Luckily also that I were helped by my colleagues, who teach me on how to prepare report, how to present, how to answer back all questions and so on. And they were there to back me up if got some issue to follow. Fuhh…. So nervous owh….

Dan sejak masuk shift siang bermula khamis haritu, sampai harini, hari2 saya balik rumah pukul 8 malam. Sangat penat. Harini agak serius sebab balik pukul 8 dengan membawa sakit pinggang ke rumah. Kerja buat report yang memerlukan kita duduk sepanjang hari bukanlah kerja yang baik. Jadi kawan2, mintak la kerja yang tak memerlukan anda duduk sepanjang hari mengadap PC untuk mengelakkan anda sakit belakang dan mata dan kepala. Malam ni terpaksa tidur bersama minyak angin. Ish…. Kalau balik kampung ada jugak emak nak tolong urut belakang. Huuu…. Esok off day, tapi terpaksa kena datang untuk OT. Dah plan nak datang lambat. -_-

Err…. Okeyla. Cukup untuk harini. Nak makan dan rehat2. Oh, nak tengok Barbie. Sejak akhir2 ni rajin bukak youtube tengok Barbie. Haha….

Wednesday, September 1, 2010

mau sambut raya

bismillahirrahmanirrahim...

saya di penang!! yeay! entri ditulis dari bilik 104, blok H12 bakti permai. ehehehehe..... sukati je nak promote bilik orang. hik3.

esok sudah plan mau shopping baju raya, tudung raya, kuih raya, kasut raya, dekorasi kereta raya.. eh itu bukan. hak3. over cik kiah nih. semangat raya baru nak naik. tapi tadi beli sampul duit raya, maka semangat raya tu turun semula. lagi2 bila teringat semalam abang telefon ingatkan supaya jangan lupa sediakan duit raya untuk budak2. huk3. ish. duit gaji kena manage betul2 nih. nasib baik bulan ni tak kena bayar kereta. ok jimat di situ.

oh. mau buat list barang yang nak dibeli. bulan ni kena jimat cermat lebih sikit. huk3.

Monday, August 30, 2010

zzzzzzzzzzzzzzzzz

saya nak tidur. malam ni kerja. dari pukul 7 pagi sehingga sekarang saya hanya tidur selama 3 jam. malam tadi sempat tidur 2 jam kat surau kilang. dan sekarang perlu tidur lagi untuk mencukupkan jumlah 8 jam waktu tidur. cik mata, tolong bagi kerjasama. kalau kau taknak tidur petang ni, malam nanti kau jugak yang merengek2 mintak direhatkan. baik kau tidur sekarang. haihhh....

Wednesday, August 25, 2010

hati gundah kerana cik putih

bismillahirrahmanirrahim....

harini zakiah tak mengantuk balik rumah. tak macam selalu bila balik kerja sampai rumah terus bukak tudung kunci pintu cari katil dan tidur dengan lena sampai tengah hari. tapi insiden pagi tadi buat saya tak boleh tidur bila balik kerja. kereta saya terlanggar pagar rumah! haishhhh.... macam mana la boleh jadi camni. tak pernah2 jadi tetibe harini pulak nak calar segala bagai. huhu. maka sekarang hati sedang gundah gulana. esok nak balik butterworth mesti abang tanya kenapa kereta ada kesan calar? baru guna seminggu dah ada kesan pelik2. huk3.. T_T


****************************************

update 10:29 am
cik putih dah diwax. ^_^ maka tiada lagi kaler coklat yang mengganggu kesucian warna cik putih. cuma ada lagi kesan scratch itu. takpela. tak nampak pun kalau dilihat dari jauh. harap2 abang tak perasan. huhu..

tapi hati tetap tak berapa gumbira melihat cik putih sayang calar balar di usia seminggu. huk3.. hadoiii...............

Monday, August 23, 2010

ramadhan datang lagi

bismillahirrahmanirrahim....

tajuk entri macam tajuk iklan. tora datang lagi!! huhuiiii... eh. harini dah masuk hari ke 13 puasa. selamat menyambut ramadhan semua..... terlewat nak wish ramadhan. ^_^ sekejap je masa berlalu. dan saya masih begini. kurang rajin untuk menulis. ok tiba-tiba. hak3..

baru2 ni, cuti 4 hari. maka saya pun pulang ke butterworth, umah abang. satu2nya darah daging kat belah2 utara ni. balik rumah, melayan kerenah kanak2 kat rumah tu berpuasa. lawak pun ada, kesian pun ada. mana tidaknya, si kecik tu umur 5 tahun dah dilatih untuk berpuasa penuh. tahun lepas banyak hari jugak puasa dia kantoi. tapi tahun ni Alhamdulillah.... setakat ni rasanya cuma ada 2 hari je dia ponteng puasa. dengan alasan, 'kat tadika kawan adik bagi roti. adik makan la.pastu balik rumah mak pengasuh adik minum air paip.' hadoiiiii..... lawak betul la. tapi 1 yang bagusnya tentang budak ni, dia hanya makan roti tu je. benda lain memang dia takkan makan. maka dia mengira diri dia sebagai puasa la. sebab tak makan benda lain selain roti yang kawan dia bagi tadi. huhuh. nak salahkan lebih2 pun tak boleh jugak. pasal baru 5 tahun. aku dulu pun umur 6 tahun baru start puasa penuh. dan perkara lain yang aku seronok tengok ialah bila menjelang petang. masing2 merengek lapar+nak air+tak tahan puasa. hahahahaha...... eleh zakiah. ko gelakkan orang. ko dulu pun camtu jugak..

minggu ni cuti 3 hari. ahad masuk kerja malam. ingat nak balik pahang. sempat tak ye? khamis pagi habis kerja terus pecut balik butterworth, then amik bas ke seremban pukul 10 pagi. sepatutnya balik minggu lepas. sebab cuti 4 hari. tapi ada hal yang nak diselesaikan, maka terpaksa balik minggu ni. Ya Allah.... permudahkanla urusan hambaMu ini. dah lama tak bersahur+berbuka dengan mak. awal ramadhan haritu baru terperasan. sejak masuk usm sampai dah kerja, rasanya tak pernah lagi balik bersahur dengan mak ayah. huhu... sedih betul. rasa diri benar2 jauh di perantauan. T_T

apa lagi nak tulis? emm... malam ni kerja. owhh... saya mula sedar. kerja malam lagi seronok berbanding kerja siang. sebab, rasa macam waktu malam sangat singkat. tau2 je dah pukul 6. dan kerja waktu malam di dalam bulan puasa lagi bertambah2 seronok. contohnya malam tadi. masuk pukul 7, pukul 7.30 buka puasa+solat. pukul 8.30 masuk line (fab). buat kerja, tau2 dah pukul 1. masa untuk rehat. then buat kerja lagi, tau2 dah sampai masa untuk sahur. keluar fab untuk sahur pada pukul 4 lebih. habis sahur terus tunggu masa untuk solat subuh. sambil tu boleh tidur2 kejap. haha. pukul 6.30, siap sedia untuk passdown kerja kepada shift seterusnya. dan pukul 7 pagi adalah masa untuk pulang. harap2 malam ni dan malam2 seterusnya pun perkara yang sama akan berulang lagi. hik3.

eh2. macam mengantuk lagi la. tak puas tidur siang tadi nih. sempat kot nak tidur sekejap sebelum membeli belah di bazar. heheh. daa~~~

Monday, August 9, 2010

penat woooo.....

penat. letih.

harini banyak lot yang sampai. lot yang perlu di'scan'. lot yang perlu di'investigate'. berbekalkan 3 tenaga pekerja untuk menghadapi kehadiran hampir 20 lot di mana setiap satunya memerlukan masa yang bukan sekejap untuk dikenalpasti masalahnya. partner shift saya tak hadir hari ni. nasib baik seorang teman sanggup datang menggantikan partner shift saya. kalau tak, agaknya tak siap la lot2 yang berlambak tu. silap hari bulan terpaksa tangguh dan dibawa ke shift malam. hoho... tapi alhamdulillah. Tuhan memudahkan urusan. balik petang tadi, lot yang tinggal dah semakin berkurangan. dan bos, apabila melihat situasi kelam kabut gara2 kehadiran lot2 yang banyak itu pun membuka cadangan. siapa ada kawan2 yang berminat untuk join kami, sila tampil ke hadapan. heheh.

kriteria:
sanggup bekerja 12 jam secara shift, siang atau malam.
sanggup datang bila2 masa jika anda diperlukan.
berminat dengan kerja2 menyiasat punca masalah (defect yang datang dari pelbagai sumber).
tahan cabaran.
kuat daya tahan (mental dan fizikal).
sila jangan mudah mengalah (kerja sebulan dah nak berhenti kerja. alasan, tak tahan. haihhhh)



esok ada training dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. ok. mungkin bakal mengantuk. adeyyyy..

Tuesday, August 3, 2010

hari yang ceria!!!!

bismillahirrahmanirrrahim....

perbualan bersama rakan:

kasthuri: zakiah, bukan harini u konvo ke?
me: eh, takdela...
kasthuri: owhh....ya ka? then, when is ur convo day?
me: err.. next week. eh? *think a moment* eh no...hari khamis la......

see? saya sudah lupa tarikh konvo saya. aiyakkkkk...... banyak sangat benda nak difikirkan, sampai terlupa tarikh konvo sendiri. haha..

anyway, saya masih tak percaya yang saya dah tamat belajar peringkat ijazah. masa ambil jubah hari sabtu, terimbau semula kenangan2 zaman belajar. serius, saya memang rindukan semua itu. betul kata orang, bila kerja, kita akan teringat semula betapa seronoknya masa belajar. tapi masa belajar, kita akan fikir betapa seronoknya bekerja. sebab dapat pegang duit sendiri. tak. bukan maksudnya ambil duit dan pegang dengan tangan sendiri. maksud saya ada gaji sendiri, dan tak perlu minta duit daripada mak ayah lagi.

hurmm.... manusia memang tak pernah puas dengan apa yang mereka ada.

ohh.... berkenaan dengan tajuk, harini memang seronok. sebab? masuk kerja pukul 7 pagi. pukul 8 pagi meeting.pukul 9 pagi meeting lagi. pukul 9.30 breakfast. pukul 10 masuk fab, buat kerja sampai pukul12.30 pm. then IT system down dari pukul 1pm sehingga 6.30pm. maka tak boleh buat apa2 kerja. jadi kami duduk melepak, borak2, dan saya mengambil peluang ini untuk tidur. hahaha. bila IT system up semula, hanya ada masa 30 minit dan memang tak sempat nak update apa2. maka teruskan melagha sehingga pukul 7pm, dan pulang ke rumah dengan gayanya. heh.

esok insyaAllah akan ke butterworth. harap2 perjalanan lancar dan selamat. aminn...

Saturday, July 31, 2010

indahnya hidup

bismillahirrahmanirrahim....

tadi gode2 youtube. terjumpa iklan ni. sangat menarik. funny, yet still have a good message.



bukan senang nak senang. kejayaan akan lebih bermakna jika kita dapat merasai kepahitan sebelumnya. =)








*******************************************************

tengah hari tadi dah ambil jubah konvo di usm. sangat rindukan usm. datang semata2 untuk ambil jubah, dan tak sempat jumpa kawan2 di sana. maka tak dapat nak melepaskan rindu. petang terus bergegas balik kulim, kerana esok perlu kerja demi mencari rezeki. heheh. ayat macam ayat drama. haha zakiah.

Tuesday, July 27, 2010

cuti cuti malaysia

bismillahirrahmanirrahim....

wahh... tajuk tak tahan. macam banyak sangat je duit nak cuti cuti pusing malaysia.

tadi reporting manager kasitau. saya bakal dimasukkan ke dalam shift, dan kemasukan tu akan berkuat kuasa bermula pada 1 ogos. maka dengan itu, diumumkan bahawa jumaat ni saya cuti!! eh apasal nada macam penyimpan mohor besar nak umumkan tarikh raya?

tadi semak jadual shift. sila baca betul2. ini bukan semak = rumput panjang tak dipotong sampai gajah pun boleh menyorok dalam tu tapi ini semak = check. ok tiba-tiba letak perkataan bahasa inggeris sebagai maksud bagi perkataan bahasa melayu.

ish. rasa serabut pulak perenggan di atas. tukar perenggan baru pulak. ahad ni kerja. sabtu ni insyaAllah akan ke penang untuk ambil jubah konvo. jumaat ni cuti, dan mungkin akan ke butterworth. yang menyeronokkan saya ialah, tarikh konvo jatuh pada hari cuti! jadi tak perlu susah payah nak apply cuti. sekarang cuma perlu plan berapa hari akan diambil untuk bercuti raya. mungkin akan cuti lama? sekejap? tak dapat dipastikan lagi.

sekarang sedang berfikir. mampukah saya bekerja 12 jam sehari? harap2 diberi kekuatan untuk menghadapi semua itu. aminn... ^_^

Saturday, July 24, 2010

srott...srott...kesat kesat hingus

ewwwwww.... tajuk kotor gila okeh. hahaha.....

cik kiah mengalami masalah kesihatan minggu ni. hari rabu dan khamis sakit tekak, jumaat sakit kaki, dan sabtu selsema. tapi sakit2 pun datang kerja tau... (memang la datang, sebab sakit tak teruk. hohoho). dan untuk hari2 yang saya tidak sihat itu, bos dengan lapang dadanya menyuruh saya duduk diam2 dalam pejabat dan tak perlu susah payah sarung bunny suit masuk ke fab. sayang bos saya ^_^ . semalam pula bos dengan baik hatinya menyuruh saya pulang ke rumah setelah melihat pekerjanya yang seorang ni berjalan terhencot2 masuk ke pejabat. see? betapa baiknya bos saya. heheh...

semalam jugak saya ke in-house clinic, dan doktor beri pain killer (yang belum dimakan walau sebiji pun) serta minyak panas untuk disapu ke kawasan yang sakit. huhu....

hari ini selsema. hanya telan panadol. tak pasti ini berkesan atau tidak. harap2 esok beransur sembuh. kalau masih tiada perubahan (atau makin merebak) mungkin akan ke klinik panel yang berdekatan. harap2 boleh sembuh cepat. hari isnin sudah mau kerja. dan jika anda mengalami selsema, adalah tidak selesa (malah tidak digalakkan ataupun tidak dibenarkan, saya kurang pasti) masuk ke dalam fab. takkan nak suruh saya duduk diam dalam pejabat? oh tidak.....




***************************************

*fab~ juga dikenali sebagai clean room. di kilang, ia lebih senang disebut sebagai fab. ^_^

Wednesday, July 21, 2010

makan makan


bismillahirrahmanirrahim....

tengah2 makan tiba2 tergatal tangan nak post entri. oleh sebab dalam kepala dan mulut penuh makanan, so hanya dapat ppost entri tentang makanan jela. dan gambar adalah hasil carian google. tak sempat nak snap gambar sebab nafsu makan menghalang. kena turut nafsu makan ni. kalau tak nanti dia merajuk tak mau bagi kerjasama dalam soal selera makan.

jadi, mari lihat menu makan malam saya hari ini.


cendol


nasi dagang



sate ayam


ye.... semuanya berlemak dan berkolestrol. habis la kamu wahai zakiah.





*******************************************

* balik kerja terus pecut kereta ke pasar malam berdekatan stesen bas kulim. sejak tinggal di kulim, pasar malam sudah diangkat sama taraf dengan queensbay, dan tersenarai sebagai salahsatu tempat yang wajib dikunjungi setiap minggu.

** kawan2, jangan kaget jika anda lihat saya makin mengembang. huhu. saya sudah gemok!!!

*** nasib baik saya tak turutkan nafsu makan yang beria2 nakkan keropok lekor dan murtabak. ishhh..... tengok, nafsu makan saya sangat jahat. @_@'

**** kalau tak silap esok ada pasar malam berdekatan rumah. hehehehehehehehe.......

Tuesday, July 20, 2010

air....air.....



bismillahirrahmanirrahim....

dengan dukacitanya saya memaklumkan bahawa kawasan kejiranan saya (kg.sungai ular,kulim) sekarang mengalami masalah terputus bekalan air gara2 pam air kerajaan menghadapi masalah yang menyebabkan air tidak dapat disalurkan kepada pengguna.

sedih okey. balik kerja, nak mandi tapi tak ada air. waktu entri ni ditulis, pemilik blog (malu nak mengaku nama) belum mandi lagi. huuuuu.......

malam ni kalau mandi kat masjid boleh tak? esok pulak mandi kat kilang. ada shower room dekat gym. hihihi....





katak oh katak..kenapa tak panggil hujan?
cepat lah panggil hujan, aku nak tadah air.

Monday, July 19, 2010

monday blues


bismillahirrahmanirrahim....

cepat la hari jumaat. nak cuti!!

itu adalah antara ayat yang keluar dari mulut setiap kali tibanya pagi isnin. ayat2 lain termasuklah "haih....malasnya nak pergi kerja hari ni". ataupun, "kenapa cepat sangat hari isnin ni? tak puas lagi cuti." heheh. aiiii... baru sebulan
kerja dah pandai buat perangai ke zakiah?

kini baru saya tau, apa yang dimaksudkan sebagai monday blues. perasaan yang tak dapat digambarkan melalui kata2 apabila tibanya hari isnin. walaupun kerja di kedah yang sepatutnya mula hari ahad dan habis hari khamis, tapi kilang ni beroperasi 24 jam, dan shift saya setakat ni bermula hari isnin dan berakhir pada hari jumaat. mungkin jika shift saya jatuh pada hari ahad hingga jumaat, namanya akan bertukar menjadi sunday blues. ataupun jika saya termasuk dalam shift yang bekerja hari selasa hingga sabtu, saya akan menyebutnya sebagai tuesday blues. hahaha... apa kau merepek ni zakiah? hadoii....

sebenarnya saya dah mula merindui zaman belajar. tengok. baru sebulan menempuh alam lain dah mula pandai nak rindu2 zaman belajar. tapi serius, dulu masa belajar kalau rasa malas nak ke kelas, boleh mesej2 kawan sekuliah bagitau harini taknak pergi kelas. alasan, malas. then duduk di bilik, tidur puas2. sekarang cuba la kau buat perangai macam tu. rasa malas pergi kerja, hantar mesej kat kawan sepejabat bagitau taknak datang kerja. alasan, malas. heh. tengok la hujung bulan macam mana. @_@'

okey zakiah. come on!! cheer up!! no blues2 anymore.



*ceria tahap melampau. bos mesti suka kalau semua pekerja dia muka macam ni. hahaha...*

Sunday, July 18, 2010

teguran secara berhemah. macam mana caranya?

bismillahirrahmanirrahim....

err.... macam mana nak mula ye?

semalam kan.. jumpa sorang budak rumah ni. makan ngan dia. dan dia pun cerita la....

dia pergi satu kedai makan ni, dan nampak sorang laki tunjukkan ***** dia kat budak perempuan ni tadi. kes yang sama pernah berlaku kat dia suatu masa dulu, di mana masa dia naik bas ada sorang laki turut tunjukkan ***** dia kat budak perempuan ni. dia bagitau saya, dia pelik kenapa laki suka sangat tunjuk aset diorang kat dia? dan kenapa dalam banyak2 orang, dia yang terkena? kenapa laki2 tak guna tu tunjukkan benda tu kat dia? apa salah dia?

pada pendapat saya, mungkin laki2 tu rasa teruja tengok dia. sebab tu diorang tergamak nak tunjuk benda2 camtu. mungkin cara pemakaian dia yang menyebabkan berlakunya perkara tu. em.. mungkin sesetangah daripada anda semua akan cakap, pakaian tak melambangkan apa sangat. sebab ada je wanita yang tutup semua, pakai baju longgar, kena ***** jugak. tapi bila seorang wanita tu sengaja pakai pakaian yang terdedah sana sini, itu memang cari nahas (tak kira la memang betul2 terdedah atau terdedah secara sembunyi-pakai baju ketat, sehingga nampak bentuk2 yang tak sepatutnya) . laki seperti yang kita tau, nafsu ada 1. dan satu2nya nafsu mereka disalurkan ke arah itu.

saya nak je cakap semalam. kalau adik pakai pakaian yang sopan sikit, tak terlalu terdedah sana sini, mungkin nafsu laki takkan terangsang dan diorang takkan tunjuk benda2 yang tak sepatutnya kat adik. tapi saya tak mampu. tak tahu ayat macam mana yang patut disusun. macam mana nak keluarkan ayat untuk menegur tanpa menyakitkan hati dia. apatah lagi dia adalah orang yg baru saya kenal. hurmm.....

anda semua mesti pernah alami masalah ni kan? berniat untuk menegur, tapi tak tau cara. takut hati orang yang nak ditegur tu terluka. saya pernah dengar sebelum ni, kalau susah sangat tak tau macam mana nak tegur seseorang tu, just doakan yang terbaik untuk dia. harap2 doa kita dimakbulkan. aminn... tapi kalau ada sesape yang mempunyai cara untuk menegur secara berdepan dan berhemah, tolong kongsikan bersama. terima kasih.. ^_^

Saturday, July 17, 2010

facebook oh facebook

bismillahirrahmanirrahim....

harini hujan. dari pukul 4 lebih sampai pukul 7 malam. maka, aktiviti petang tadi tak lain dan tak bukan, adalah tidur sepanjang petang. pagi tadi sibuk melayan facebook dan youtube. tengok cerita2 yang pernah terlepas suatu masa dulu. petang, bangun tidur pada pukul 6.30, untuk solat asar. ish3.... teruk3...

bangun tidur petang tadi, tiba2 terfikir. facebook ni banyak kegunaannya. mari kita lihat kegunaan facebook. heheh.

1. mencari kenalan lama yang terpisah sejak zaman sekolah tadika hingga sekolah menengah dan maktab serta universiti atau kolej.

2. mencari kenalan baru. tujuannya untuk menambahkan kenalan. atau sekadar untuk meramaikan jumlah kenalan di facebook. kalau boleh nak jumlah kenalan mencapai angka ribu2.

3. tempat untuk meluahkan perasaan. rasa marah, bengang, sedih, gembira. semua dilepaskan di laman facebook.

4. laman meluahkan pertanyaan. contoh:
'sape tau bila tarikh sebenar konvo usm?'
'tau tak kat mana kedai yg jual cendol sedap kat area kulim?'
dan bermacam pertanyaan lain lagi.

5. online diary. atau mungkin lebih sesuai disebut sebagai online journal. sebab? pengguna facebook lebih suka meletakkan informasi dan catatan harian mereka di wall facebook. contoh:
'harini flight sepatutnya pukul 3.30 pm, tapi delay 3 jam. lambat la aku sampai rumah nanti..'
'Alhamdulillah...kucing aku selamat melahirkan anak yg ke 7 pagi tadi.'

6. tempat untuk bermanja (bagi pasangan yg belum berkahwin). kenapa aku cakap macam tu? sebab selalunya pasangan yg belum kahwin ni yang seronok sangat nak tunjukkan kasih sayang diorang. yg dah kawin tu, masing2 tau diorang sayang pasangan masing2. contoh:
'yangggg...... i sayang sangat kat u. rindu sangat2 ni...'
'abang...malam ni makan sama nak? abang amik ayang kat tempat biasa ye. '
(eh jap. macam penah buat je semua2 ni. tapi versi aku tak daring camni la. biasa2 sudah..)

7. tempat untuk berkebun tanpa perlu mengeluarkan peluh. huhuh..

8. tempat menceritakan sesuatu. selalunya berkaitan pengalaman la..

9. tempat paling sesuai untuk menghebahkan sebarang aktiviti.

10. tempat untuk menasihati sesama insan. post je kata2 atau ayat2 yg boleh membimbing manusia, insyaAllah akan dibaca. harap2 pembaca2 tu akan lembut hati dan berubah. =)

haish... ada lagi ke? tak dapat nak berfikir dah. dah lewat ni. nak tidur la..



*eh.. tiba2 terasa nak makan sate. mungkin patut dipost di wall facebook keinginan ni. ahakz~

Friday, July 16, 2010

skema

bismilahirrahmanirrahim....

nama saya zakiah. boleh panggil zakiah. cik kiah. apa2 jela. tujuan saya buat blog ni sebab saya fikir saya rajin menulis. harap2 saya akan rajin menulis di sini. blog lama dulu dah ditinggalkan. sebabnya isi kandungan yg tak menarik. ada orang komen, blog lama saya dipenuhi luahan hati saya. jadi saya buat akaun baru, dan insyaAllah saya takkan letak luahan hati jiwang saya kat sini. tapi kalau terletak jugak, nak buat macam mana ye tak? saya manusia biasa. saya budak baru belajar. hihihi..... ^_^






* macam hape je. taip entri macam nak masuk pertandingan menulis cerpen.