Tuesday, December 14, 2010

mari bertunang


bismillahirrahmanirrahim....

wah! baru dapat rehat. harini cuti sehari setelah berhempas pulas OT 2 hari lepas. Alhamdulillah, OT yang tenang tanpa sebarang masalah besar dan tak dilimpahi dengan lambakan lot. heheh. sort of makan gaji buta jugak sebenarnya 2 hari ni, sebab datang OT tapi takde kerja. T_T

actually nak update cerita sebelum dan masa saya balik kampung haritu. ada 2 majlis sebenarnya. 1 majlis pertunangan abang, tapi yang ni saya tak balik. and 1 lagi kenduri kawin rakan sepermainan zaman kecik-kecik dulu. heh. suka dapat pergi kenduri kendara nih. ingat lagi dulu masa kecik-kecik kalau pergi kenduri selalu curi-curi jenguk bilik pengantin. masa tu kagum sangat dengan pengantin yang mekap cantik-cantik. pastu rasa nak kawin jugak. hoh kecik-kecik dah gatal. tapi nampaknya makin besar ni perasaan tu tak berubah. tak sabar tunggu kenduri kawin sendiri yang entah bila. -_-'

cakap banyak malas. just nak tepek gambar je.

sekitar majlis pertunangan abang.

majlis pertunangan abang. pagi tu dimulakan dengan aktiviti makan-makan. tengok makanan yang berlambak. semua disediakan oleh mak dan mak sedara. menjamu macam majlis nak dibuat kat rumah diorang je.

muka-muka lain yang leka menjamu selera.


wakil dari pihak perempuan


tukang cakap bagi pihak lelaki. siapa lagi kalau bukan ayahanda kesayangan. itupun selepas bertolak-tolak dengan abang sulung dan paksu. sebab masing-masing takmau jadi wakil bercakap pihak lelaki. eh boleh pulak macam tu. T_T


rombongan pihak lelaki.


rombongan pihak lelaki lagi. dari kiri-paksu, abang, anak abang. yang sebelah tu dah masuk wakil pihak perempuan. dan jangan main-main dengan budak baju belang tu. dia antara orang kuat majlis. kuat mengutuk. @_@'


hantaran kedua belah pihak. bertungkus lumus saya dengan emak fikir warna tema hantaran , macam mana nak decorate hantaran, nak siapkan hantaran sebab abang tak tau apa. kata dia, 'buat jela macam mana pun. janji cantik'. pandaiiiiiii.......


anyway, puas hati. suka dengan bekas cincin buatan sendiri walaupun simple tapi tetap suka sebab hasil kerja sendiri. *_*


sirih junjung gubahan emak. digabungkan dengan buah-buahan. jimat ruang dan dulang katanya. hohoh. suka jugak yang ini sebab nampak macam kebun bunga je gayanya. -_-


fokus pada bahulu ikan yang besar tu. ni 1st time saya tengok bahulu ikan sebesar tu. agak jakun. hoh.


dan ini pun saya suka jugak. buah dari pihak perempuan. suka sebab variasi buah. tak kedekut. macam-macam adaaa....


and lastly, ini tunang abang saya. muka? mana boleh tunjuk..

3 comments:

Unknown said...

1.
gambar wakil dari pihak perempuan:
yang berbaju hijau tu macam tidur. hehehe.

2.
sirih junjung lawa.

3.
bahulu ikan besar memang trend hantaran sekarang.

4.
bila abang hang nak kawen?

5.
bila hang nak ganti tempat pengantin pompuan? hihihi.

cik kiah said...

1. hahaha...aku pun pikir camtu gak.

2. mekasih. ko tak rasa macam taman bunga ke? T_T

3. oh yeke? 1st time dowh aku tgk bahulu besar gedabak camtu. nak makan cemana ntah. kena cuit sorang sikit kot.

4. maybe tahun depan. insyaAllah...

5. aku? entah. hoh.

Unknown said...

2.
taman bunga? adala kot..