Thursday, July 28, 2011

Kibarkan Jalur Gemilang


Dah habis cerita pasal bola sepak. Tak... Bukan sebab kalah saya tak nak cerita. Saya tetap rasa diorang menang. At least tak kalah teruk. Takde la dapat 0 berbalas angka lain. Itu dah cukup memadai. Ucapkan tahniah atas semangat mereka. Dah. Full stop. Jangan nak kutuk lebih-lebih. Komen membina adalah dibenarkan. (apa motif nih?)



Tujuan sebenar letak gambar bendera Malaysia? Mungkin sebab nak masuk Ogos kot, banyak dengar iklan tv suruh kibar bendera. Heh.







* Esok kena kerja lebih masa. Alhamdulillah, boleh tambah duit poket untuk raya nanti. ^_^


Jum tengok bola!!







Jangan tengok saje. Sokongan dan doa kalian amat diperlukan.

Saturday, July 23, 2011

Handle with care






Kenapa ye, saya rasa saya makin rapuh sejak sehari dua ni.

Tengok movie nak menangis.

Baca novel nak menangis.

Duduk diam saja-saja tak buat apa pun rasa nak menangis.

Kenapa?












Friday, July 22, 2011

Review buku (JS collection)


Bismillahirrahmanirrahim...


Gudnite all.. Heheh. Dah tengah malam baru sibuk nak bukak hikayat ceritera. Tapi betul la, nak cerita perkara yang jadi sepanjang hari mesti la kena tunggu malam kan? Heheh.


Eh, ada sape-sape dah tengok Harry Potter & The Deathly Hallow part 2? Saya nak tengok, tapi tak berkesempatan lagi. Huhu... Cadangnye nak tengok tadi, tapi dah terlekat dengan sesuatu, so tak dapek la den keluar.


Apa benda sesuatu tu?


Tadaaa.......



Ha,, ni la bendanya. Baru ambik kat pejabat pos pagi tadi. Akak yang jaga kaunter tu tanya, kuih raya ke ni? Adoii... Akak ni pun. Eksaited sungguh. Puasa pun belum. Ingat aku ni semangat sangat ke. Memang la dah order kuih raya, tapi baru order jela. Dekat-dekat nak raya nanti baru dapat.



So ini la isi dalam dia. Bukan kuih raya ok.


Dengan eksaitednya, terus bukak dan nak baca buku-buku ni. Tapi sebelum tu, sebenarnya semalam dah terfikir, kat mana nak letak buku-buku ni. Banyak sangat. Rak buku dah tak mampu menampung khazanah ni.



Tengok? Bersusun. Ni yang dikumpul dari zaman belajar. Ini pun tak semua. Ada sebahagian lagi terperap kat kampung.



Ini pulak dah campur yang terbaru. Haish... Kena bawak balik sikit ni. Housemate saya dah tak tau nak cakap apa bila dengar saya beli buku lagi. Heheh. Dia pun dah tak larat agaknya tengok rak saya penuh dengan buku-buku.


Selalu orang tanya saya, kenapa saya gila baca novel? Saya jawab sebab suka. Tapi di sebalik jawapan pendek tu, saya tau itu sebenarnya hobi yang saya tanam sejak kecik lagi. Dulu-dulu masa kecik, mak dan kakak selalu cakap pada saya, rajin-rajin baca buku. Jadikan baca buku tu hobi. Dan mungkin sebab masa tu saya kecik lagi, otak terima je apa kata-kata mak dan kakak, lalu simpan dalam peti ingatan sampai saya besar.


Dari kecik, saya didedahkan dengan huruf seawal umur 4 tahun. Umur 5 tahun saya dah boleh membaca dengan lancar. Masa tu emak memang takkan senang duduk kalau anak-anak tak boleh membaca sebelum masuk tadika. Jadi emak dan ayah akan berikan saya buku kosong yang kakak dan abang dah tak guna, dengan pensil sebatang. Emak akan tulis huruf A,B,C sampai Z atas buku tu, dan saya akan ikut. Kalau ada duit lebih, saya akan dapat buku khas untuk kanak-kanak nak belajar menulis.


Bila dah pandai menulis, emak ajar pula saya mengeja. Emak akan tulis perkataan yang senang-senang untuk saya ikut. Emak akan ajar sebut bunyi a, e, i, o, u. Dan saya akan ditinggalkan 'bermain' dengan perkataan sedang emak menyiapkan kerja-kerja rumah. Hasilnya, saya masuk tadika dengan ilmu yang cukup (ilmu budak tadika zaman itu-cukup dengan tau membaca dan mengira).


Masa tu, setiap kali nak masuk cuti sekolah hujung tahun, saya menuggu abang dan kakak bawak balik buku pinjaman yang diberi pihak sekolah. Buku pertama yang saya cari ialah buku teks Bahasa Melayu. Sebab dalam tu banyak cerita-cerita menarik. Hahaha.... Dan saya akan khatam buku-buku tu lebih awal sebelum abang dan kakak saya. Heheh.


Bertitik tolak dari situ la, saya sedar saya memang minat membaca. Malangnya minat ni hanya terhad kepada buku-buku bukan ilmiah sahaja. Kalau bagi saya buku-buku pelajaran, harus saya tertidur sebaik sahaja mula ayat pertama. *sigh*


Dulu-dulu, saya cuma sukakan novel yang berteraskan cintan cintun je. Biasa la, budak baru nak naik. Tapi sekarang, sejak saya terbaca 1 novel online (sekarang dah pun dibukukan), saya terus jatuh hati pada genre seperti itu. Ia mengisahkan tentang kebergantungan pada Tuhan dalam mencari jati diri yang hilang. Memang banyak manfaat yang saya dapat cerita tu. Dan bila dengar berita yang karya tu dah dibukukan, cepat-cepat cari kat kedai buku untuk beli. Tak nak la pinjam-pinjam ni. Konon-konon nak buat koleksi sendiri. Tak sangka, dari sebuah makin bertambah jadi berbelas-belas buah pulak dalam simpanan. Dan kebanyakannya dari koleksi ini. Kenapa? Sebab kebanyakan karya dari sini tak melalaikan. Sesuai untuk golongan remaja dan dewasa. Tiada unsur-unsur melampau.


Dan saya dah ada pilihan penulis yang saya suka. Yang karyanya tak pernah menegecewakan saya. Baca hasil tulisannya, saya belajar sedikit demi sedikit erti falsafah hidup. Mungkin itu falsafah hidup orang lain, tapi rasanya tak salah kalau kita ceduk mana-mana yang elok. Dan lagi, banyak pengalaman yang saya dapat dari hasil pembacaan ni. Orang kata, pengalaman mendewasakan kita. Dan saya yang tak cukup pengalaman sendiri, terpaksa cari inisiatif lain dengan melihat kepada pengalaman orang lain untuk dijadikan guru bagi mendewasakan diri.


Tapi, suka macam mana pun, satu perkara yang kita perlu sedar. Kebanyakan novel ditulis dengan pengakhiran yang menarik. Mungkin salah satu teknik pemasaran. Sama jugalah dengan cerita-cerita di televisyen. Dan kita yang hidup dalam dunia nyata, tak boleh terlalu taksub dengan ending yang sempurna tu. Sebab hidup selalu tak seindah seperti yang selalu tertulis dalam hikayat.

^_^




Indah bukan?








* baru habis baca sebuah. ada 2 buah lagi, target nak habiskan dalam masa cuti ni.

** ingat nak buat cerita pasal buku yang dah habis baca tu. tapi dah terpanjang pulak taip benda lain, terus hilang idea nak tulis review buku. adeyy..

Friday, July 15, 2011

Selamat pagi



Bismillahirrahmanirrahim....



Salam and hi all....



Detik ketika saya menaip ni, jam kat laptop menunjukkan pukul 5.17 pagi. Masih awal kan? Iye.... Bukan saya bangun awal. Tapi saya belum tidur lagi. Mata anda tak salah. Diulangi, saya masih belum tidur. Tak tau la apa masalah dengan mata ni. Gatal sungguh malam-malam takmau tidur. Siang-siang sibuk nak mintak dodoi. Eiiii.....


So, bertemankan perkara-perkara di bawah,


(keropok ikan perasa pedas + manis)




(burger mekdi-tetibe teringin)


saya menghabiskan malam dengan menonton drama Korea. Gila betul. Kalau menghabiskan waktu malam dengan tahajjud ke, mengaji Quran ke, patut jugak. Huhuh. Ok, saya sedar tu. T_T


Semua ni tak lain tak bukan disebabkan saya selalu berjaga malam untuk kerja, maka mata dah tak boleh tune untuk lelap waktu malam. Padahal semalam tidur dalam 4 jam je. Ngeee....... Hujung bulan ni nak masuk shift pagi, kena retune balik mata nih.


Ada beberapa minit je nak masuk waktu subuh. Ayam kat luar dah berkokok sejak pukul 3 tadi dah. Nak mandi la. Ayuh kawan-kawan, bangunlah dari tidur, buka mata pandang ke sana~~
^_*



* Update (5.35 pagi): dengar bunyi orang kat hall. Ada orang nak pegi kerja la tu. Ok, mandi sekarang.

Saturday, July 9, 2011

Sneeze again!


Salam...




Aacchhhoooooo....!!!!


Fuhh.... Just recover from my sore throat last week. Now i'm start sneezing again and again. Nak selsema la tu. Oh noo..... Selsema ni memang tak makan saman. Bukan nak baik cepat. Sekali kena, mau seminggu baru recover. Tsskkk.... Rasanya ni semua pasal miss pimple yang muncul this week. Mesti sebab I tak tahan dengan penangan cik pimple ni, lantas menyebabkan segala antibodi badan I lemah. T_T


Benci tau benda besar warna merah atas hidung tu. Tapi sekarang tiada lagi. Weee....



Ohhh... Saya ada buat dessert tadi. Tapi dah nak habis. Tengok dalam peti sejuk tadi ada tinggal separuh bekas je. Kekekeke..... Tekak yang baru pulih dari sakit ni teringin nak makan benda sejuk-sejuk yang sedap-sedap. So petang semalam keluar ke The Store Kulim, cari bahan. Ingatnya nak buat petang semalam jela. Tapi balik rumah tu rasa macam pening-pening, maka terbantut la hasrat. Tu yang buat tengah hari tadi tu. Habis masak lauk, terus siapkan dessert.







*Dah makan sikit, baru ingat nak amik gambar. Hikhikhik*



Inilah hasilnya. My housemate cakap sedap! Heheh... Taktau la betul-betul sedap ke, diorang nak amik hati ke. Tapi nampak dah luak banyak tu, so memang sedap la kan? Hik3... Diorang sarankan I bukak stall meniaga dessert bulan puasa ni. Wahhh.... Bernas sungguh idea tu. Mentang-mentang la aku banyak cuti. Huhuhu....

Ok la, esok nak pegi pasar pagi. Cari barang. Nak tidur la. Err... tapi sekarang ni jarang boleh tidur awal. Pukul 3 belum mau mengantuk lagi. Agaknya penangan kerja shift malam kot. Selalunya macam ni la. Kalau bulan tu kerja malam, time off day mesti takleh tidur awal. Sebab dah biasa tak tidur malam. Haihhh.... Tak boleh jadi nih.


Okey la, sampai sini dulu. Macam nak hujan je kat kuar tu. Adios...





*Ohh lupa, resepi puding ni amik kat link blog masak-masak kat sebelah. Heheh....

Friday, July 1, 2011

All in 1



Hari kedua cuti. tak tau nak buat apa. buntu. padahal semalam berjela-jela agenda dalam kepala. malangnya kepenatan setelah 9 hari bekerja tanpa henti membuatkan diri mengendahkan agenda tersebut. heh. alasan semata-mata.

ye, saya telah mencatat rekod pertama setelah setahun berada di industri ini. kerja 9 hari tanpa henti. huh. rasa nak putus urat pinggang. bila diadukan pada rakan sekerja, mereka kata: takpela, kau kan dah cuti sepuluh hari haritu. ni kira repay balik la cuti haritu. %^%$^$%&$#@%#%!!! memang aku cuti sepuluh hari, tapi balik dari bercuti, masuk kerja selama 5 hari, cuti sehari dan diikuti dengan tambahan 9 hari bekerja. ini namanya nak balas dendam. dan hari ni panggil suruh datang OT nak cover kau yang nak MC sebab sakit pinggang. wahh!!!! kau ingat aku mesin?? sah-sah la aku taknak datang. sila cari pengganti lain.



ehh.. terlebih sudah. ok, cool down balik. masuk kepala dalam peti sejuk sekejap. dah sejuk, boleh keluar. heheh.. well..... selamat menyambut hari pertama untuk separuh masa yang kedua bagi tahun 2011. mungkin dah boleh analisis kejayaan di separuh tahun yang pertama. *apa kejayaan anda zakiah?* mungkin jugak saya dah boleh tinjau prospek kerjaya lain. setelah setahun, rasa macam tak berapa sesuai pulak dengan kerjaya sekarang. *atau tak sesuai dengan lokasi tempat kerja sekarang? eheheh...*


ohh.. satu lagi. haritu buat pertama kali ditemukan dengan senior semasa di Uni. itupun dia yang menegur, bagitau yang dia familiar dengan muka aku sebelum ni. dan setelah mengorek cerita zaman dulu-dulu, rupaya kami pernah belajar di bawah satu kursus yang sama, cuma dia awal 2 tahun dari aku!! I was like, eh, ada jugak orang perasan aku masa first year. bahahahahah..


and sekarang, there's 1 guy currently working in my department as a cross trainer. actually he is from another department, but after join the program, he'll be working with us for only 1 month. dan setelah bersembang punya sembang, then my colleague told me that budak tu sebenarnya my junior masa belajar. and me, macam biasa la.. thinking, did I know him before? pernah ke aku jumpa dia kat U dulu? heh. akak-akak ofis tu cakap aku ni takde dunia. senior tak kenal, junior pun tak kenal. wahhh!!!! lebey suda.... haishh... cepat-cepat la kau habis training kat tempat aku, pastu balik semula ke department kau. huhu....








* sekarang rasanya masa yang sesuai untuk mula mengintai tanah/rumah dia area selain daripada Pahang. nak buat rumah dalam air la pulak.