Friday, July 22, 2011

Review buku (JS collection)


Bismillahirrahmanirrahim...


Gudnite all.. Heheh. Dah tengah malam baru sibuk nak bukak hikayat ceritera. Tapi betul la, nak cerita perkara yang jadi sepanjang hari mesti la kena tunggu malam kan? Heheh.


Eh, ada sape-sape dah tengok Harry Potter & The Deathly Hallow part 2? Saya nak tengok, tapi tak berkesempatan lagi. Huhu... Cadangnye nak tengok tadi, tapi dah terlekat dengan sesuatu, so tak dapek la den keluar.


Apa benda sesuatu tu?


Tadaaa.......



Ha,, ni la bendanya. Baru ambik kat pejabat pos pagi tadi. Akak yang jaga kaunter tu tanya, kuih raya ke ni? Adoii... Akak ni pun. Eksaited sungguh. Puasa pun belum. Ingat aku ni semangat sangat ke. Memang la dah order kuih raya, tapi baru order jela. Dekat-dekat nak raya nanti baru dapat.



So ini la isi dalam dia. Bukan kuih raya ok.


Dengan eksaitednya, terus bukak dan nak baca buku-buku ni. Tapi sebelum tu, sebenarnya semalam dah terfikir, kat mana nak letak buku-buku ni. Banyak sangat. Rak buku dah tak mampu menampung khazanah ni.



Tengok? Bersusun. Ni yang dikumpul dari zaman belajar. Ini pun tak semua. Ada sebahagian lagi terperap kat kampung.



Ini pulak dah campur yang terbaru. Haish... Kena bawak balik sikit ni. Housemate saya dah tak tau nak cakap apa bila dengar saya beli buku lagi. Heheh. Dia pun dah tak larat agaknya tengok rak saya penuh dengan buku-buku.


Selalu orang tanya saya, kenapa saya gila baca novel? Saya jawab sebab suka. Tapi di sebalik jawapan pendek tu, saya tau itu sebenarnya hobi yang saya tanam sejak kecik lagi. Dulu-dulu masa kecik, mak dan kakak selalu cakap pada saya, rajin-rajin baca buku. Jadikan baca buku tu hobi. Dan mungkin sebab masa tu saya kecik lagi, otak terima je apa kata-kata mak dan kakak, lalu simpan dalam peti ingatan sampai saya besar.


Dari kecik, saya didedahkan dengan huruf seawal umur 4 tahun. Umur 5 tahun saya dah boleh membaca dengan lancar. Masa tu emak memang takkan senang duduk kalau anak-anak tak boleh membaca sebelum masuk tadika. Jadi emak dan ayah akan berikan saya buku kosong yang kakak dan abang dah tak guna, dengan pensil sebatang. Emak akan tulis huruf A,B,C sampai Z atas buku tu, dan saya akan ikut. Kalau ada duit lebih, saya akan dapat buku khas untuk kanak-kanak nak belajar menulis.


Bila dah pandai menulis, emak ajar pula saya mengeja. Emak akan tulis perkataan yang senang-senang untuk saya ikut. Emak akan ajar sebut bunyi a, e, i, o, u. Dan saya akan ditinggalkan 'bermain' dengan perkataan sedang emak menyiapkan kerja-kerja rumah. Hasilnya, saya masuk tadika dengan ilmu yang cukup (ilmu budak tadika zaman itu-cukup dengan tau membaca dan mengira).


Masa tu, setiap kali nak masuk cuti sekolah hujung tahun, saya menuggu abang dan kakak bawak balik buku pinjaman yang diberi pihak sekolah. Buku pertama yang saya cari ialah buku teks Bahasa Melayu. Sebab dalam tu banyak cerita-cerita menarik. Hahaha.... Dan saya akan khatam buku-buku tu lebih awal sebelum abang dan kakak saya. Heheh.


Bertitik tolak dari situ la, saya sedar saya memang minat membaca. Malangnya minat ni hanya terhad kepada buku-buku bukan ilmiah sahaja. Kalau bagi saya buku-buku pelajaran, harus saya tertidur sebaik sahaja mula ayat pertama. *sigh*


Dulu-dulu, saya cuma sukakan novel yang berteraskan cintan cintun je. Biasa la, budak baru nak naik. Tapi sekarang, sejak saya terbaca 1 novel online (sekarang dah pun dibukukan), saya terus jatuh hati pada genre seperti itu. Ia mengisahkan tentang kebergantungan pada Tuhan dalam mencari jati diri yang hilang. Memang banyak manfaat yang saya dapat cerita tu. Dan bila dengar berita yang karya tu dah dibukukan, cepat-cepat cari kat kedai buku untuk beli. Tak nak la pinjam-pinjam ni. Konon-konon nak buat koleksi sendiri. Tak sangka, dari sebuah makin bertambah jadi berbelas-belas buah pulak dalam simpanan. Dan kebanyakannya dari koleksi ini. Kenapa? Sebab kebanyakan karya dari sini tak melalaikan. Sesuai untuk golongan remaja dan dewasa. Tiada unsur-unsur melampau.


Dan saya dah ada pilihan penulis yang saya suka. Yang karyanya tak pernah menegecewakan saya. Baca hasil tulisannya, saya belajar sedikit demi sedikit erti falsafah hidup. Mungkin itu falsafah hidup orang lain, tapi rasanya tak salah kalau kita ceduk mana-mana yang elok. Dan lagi, banyak pengalaman yang saya dapat dari hasil pembacaan ni. Orang kata, pengalaman mendewasakan kita. Dan saya yang tak cukup pengalaman sendiri, terpaksa cari inisiatif lain dengan melihat kepada pengalaman orang lain untuk dijadikan guru bagi mendewasakan diri.


Tapi, suka macam mana pun, satu perkara yang kita perlu sedar. Kebanyakan novel ditulis dengan pengakhiran yang menarik. Mungkin salah satu teknik pemasaran. Sama jugalah dengan cerita-cerita di televisyen. Dan kita yang hidup dalam dunia nyata, tak boleh terlalu taksub dengan ending yang sempurna tu. Sebab hidup selalu tak seindah seperti yang selalu tertulis dalam hikayat.

^_^




Indah bukan?








* baru habis baca sebuah. ada 2 buah lagi, target nak habiskan dalam masa cuti ni.

** ingat nak buat cerita pasal buku yang dah habis baca tu. tapi dah terpanjang pulak taip benda lain, terus hilang idea nak tulis review buku. adeyy..

No comments: