Friday, July 1, 2011

All in 1



Hari kedua cuti. tak tau nak buat apa. buntu. padahal semalam berjela-jela agenda dalam kepala. malangnya kepenatan setelah 9 hari bekerja tanpa henti membuatkan diri mengendahkan agenda tersebut. heh. alasan semata-mata.

ye, saya telah mencatat rekod pertama setelah setahun berada di industri ini. kerja 9 hari tanpa henti. huh. rasa nak putus urat pinggang. bila diadukan pada rakan sekerja, mereka kata: takpela, kau kan dah cuti sepuluh hari haritu. ni kira repay balik la cuti haritu. %^%$^$%&$#@%#%!!! memang aku cuti sepuluh hari, tapi balik dari bercuti, masuk kerja selama 5 hari, cuti sehari dan diikuti dengan tambahan 9 hari bekerja. ini namanya nak balas dendam. dan hari ni panggil suruh datang OT nak cover kau yang nak MC sebab sakit pinggang. wahh!!!! kau ingat aku mesin?? sah-sah la aku taknak datang. sila cari pengganti lain.



ehh.. terlebih sudah. ok, cool down balik. masuk kepala dalam peti sejuk sekejap. dah sejuk, boleh keluar. heheh.. well..... selamat menyambut hari pertama untuk separuh masa yang kedua bagi tahun 2011. mungkin dah boleh analisis kejayaan di separuh tahun yang pertama. *apa kejayaan anda zakiah?* mungkin jugak saya dah boleh tinjau prospek kerjaya lain. setelah setahun, rasa macam tak berapa sesuai pulak dengan kerjaya sekarang. *atau tak sesuai dengan lokasi tempat kerja sekarang? eheheh...*


ohh.. satu lagi. haritu buat pertama kali ditemukan dengan senior semasa di Uni. itupun dia yang menegur, bagitau yang dia familiar dengan muka aku sebelum ni. dan setelah mengorek cerita zaman dulu-dulu, rupaya kami pernah belajar di bawah satu kursus yang sama, cuma dia awal 2 tahun dari aku!! I was like, eh, ada jugak orang perasan aku masa first year. bahahahahah..


and sekarang, there's 1 guy currently working in my department as a cross trainer. actually he is from another department, but after join the program, he'll be working with us for only 1 month. dan setelah bersembang punya sembang, then my colleague told me that budak tu sebenarnya my junior masa belajar. and me, macam biasa la.. thinking, did I know him before? pernah ke aku jumpa dia kat U dulu? heh. akak-akak ofis tu cakap aku ni takde dunia. senior tak kenal, junior pun tak kenal. wahhh!!!! lebey suda.... haishh... cepat-cepat la kau habis training kat tempat aku, pastu balik semula ke department kau. huhu....








* sekarang rasanya masa yang sesuai untuk mula mengintai tanah/rumah dia area selain daripada Pahang. nak buat rumah dalam air la pulak.


No comments: