Saturday, May 28, 2011

Kenapa saya suka tengok kartun?


bismillahirrahmanirrahim....

tajuk kita harini, kenapa saya suka tengok kartun? tajuk penuh, kenapa saya suka tengok kartun dan kurang suka tengok drama melayu? drama korea, cina, thailand, filipina, indon, dan yang sewaktu dengannya tu semua tak termasuk dalam topik.

khamis lepas saya makan dengan akak-akak satu pejabat. diorang seronok menyembang pasal drama terbaru slot Akasia TV3- Nora Elena. sebelum tu rancak berbual pasal drama TV3 jugak, yang baru tamat episod rabu lepas- Sahara. saya yang bukan kaki drama melayu; sama ada menonton drama atau buat drama- sekadar diam dan angguk-angguk geleng-geleng jela dengar diorang bercerita. ada jugak menyampuk sikit-sikit. nak tunjuk kita pun 'berilmu' jugak. tapi itupun tau pasal cerita tu daripada iklan TV. kalau tak haram takleh duduk semeja.

berdasarkan cerita akak-akak tu, saya menyimpulkan drama Nora Elena tu best. tu pun sebab tau Aaron Aziz berlakon sekali dalam cerita tu. hahah. gila la aku nih. asal abang hensem berlakon, mesti anggap cerita tu best. diskriminasi sungguh. so, balik kerja tadi cepat-cepat la bukan http://www.tonton.com.my, cari cerita tu. dan hasilnya, baru minit ke-14:39, saya dah tekan button pause, dan tulis benda alah ni. sebabnya? macam boring je cerita tu. babak terakhir ialah pakwe si nora tu bagitau nora yang dia dah naik pangkat jadi AM (assistant manager).

-Nora Elena-


saya cukup meluat dengan drama-drama melayu sebab, drama kita (saya sebut drama kita sebab saya melayu, anda pun melayu walaupun saya sebenarnya berdarah jawa. hahahaha ) kebanyakan plotnya hampir sama. mengisahkan orang kaya yang digambarkan sangat kaya dan berkuasa seolah-olah boleh beli 1 semua benda dengan sekali tunjuk je. takpun, orang miskin yang tersangat miskin- duduk rumah buruk yang dah roboh, makan nasi lauk garam. kalau cerita pasal remaja pulak, mesti cerita pasal remaja kategori bandar yang kebanyakan akhlak diorang susah nak diterima akal. lepastu sibuk nak bercinta padahal SPM pun tak habis lagi. tengok jela drama kat stesen berbayar tu. kalisya. ke qalisya? or khalisya? lebih krang la (kakak ipar saya cakap muka pelakon utama tu macam muka saya. huh. takleh terima langsung). anak kurang ajar dengan mak bapak. macam takde didikan agama. padahal mak elok bertudung, tapi anak? pergi sekolah tapi tatau la ustazah dia tak mengajar ke?

memang la kebanyakan skrip drama ditulis berdasarkan pengalaman atau senario yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat. tapi boleh kot kita nak ubah kepada yang lebih baik. kata nak mengajar masyarakat... memang la ending drama tu akan ada tauladan dan pengajaran. tapi kalau dah 1 drama amik masa 5-6 minggu. pastu pulak pengajaran tu keluar masa minggu terakhir, hari terakhir. habis dah segala benda buruk yang dipaparkan masa minggu sebelum tu kena telan dek bebudak. tu belum lagi cerita yang tunjuk pasal akak-akak yang suka mengumpat time beli ikan, yang keje duk tayang barang kemas dari kepala sampai kaki.
kadang-kadang saya terfikir, kita melayu. kita Islam. kenapa pihak berkenaan tak buat drama or cerita yang berkaitan dengan tatacara Islam? ni bila masyarakat didedakan dengan cerita-cerita macam tu, seolah-olah menggambarkan yang melayu ni sangat teruk. Islam kita hanya pada kad pengenalan. kadang-kadang malu jugak bila tengok cerita yang berunsur Islamik, pelakon baik bertudung labuh. bukak siaran lain, tengok pelakon sama dah terbukak atas bawah. *upss...saya pernah khilaf tentang ni satu masa dulu. alhamdulillah disedarkan sebelum hanyut lebih jauh*

saya cakap macam ni, tak bermaksud saya boikot semua drama melayu. ada jugak yang boleh diterima. tapi kebanyakannya saya tak boleh terima. sebab tu, saya lebih suka tengok kartun. ringan, mudah difahami. konsep saya mudah. kartun ni dah jelas-jelas menipu. luar jangkauan. dunia nyata kalau terhantuk dinding, amik masa jugak nak kebah balik. tapi dunia kartun, tak sampai sesaat dah ok. lagi satu, kartun memang release tension. tapi tak semua kartun kot. yang saya selalu tengok; detective conan. hari-hari bukak Youtube tengok. tak pernah ada rasa bosan. boleh leka dari pagi sampai petang mengadap kartun.

-Detective Conan-


so, rasanya niat nak tengok Nora Elena tu tinggal niat je rasanya. rasa tak sanggup nak habiskan. tak sampai sekerat jalan dah putus asa. -_-'

Sunday, May 22, 2011

nothing




SHARING IS CARING



Tapi bukan semua benda boleh dikongsi!









*sekadar luahan perasaan*

Saturday, May 14, 2011

macam ni hidup bila berjauhan

bismillahirrahmanirrahim...

hi all.. lama tak menulis kat sini. banyak benda nak cerita, tapi tak banyak masa yang ada untuk diperuntukan untuk tu. masa saya lebih banyak digunakan untuk tidur, bermesraan dengan kawan2 dan ahli keluarga, dan menonton cerita2 di tv mahupun di utube. ahahah.

well, ahad lepas saya balik pahang, melepaskan rindu kat keluarga. malangnya kerinduan tu masih tak hilang sampai sekarang, malah makin tebal pulak. macam mana nih? huhu.. ditambah pula dengan berita yang adik nak masuk tingkatan enam. hati saya jadi berbelah bagi mengenangkan mak ayah yang dah tua tinggal berdua kat rumah. haishh.... kalau ikutkan rasa hati, mau je saya berhenti kerja, balik rumah jaga mak ayah kat sana. tapi tula, peribahasa mengatakan ikut hati mati, ikut rasa binasa. so terpaksa la saya mengikut kata akal supaya cari jalan lain untuk kekal bekerja, tapi masih dapat menjaga mak ayah di kampung. antara solution yang ada dalam kepala; tukar kerja. eh zakiah, kau ingat kau tu hebat sangat ke? ingat ada ke orang nak ambik kau bekerja dengah hanya pengalaman yang seciput tu? *sigh*

kadang2 saya fikir, ada baiknya kalau saya memulakan bisnes sendiri. i mean, bukan takde orang yang berjaya dengan hanya bekerja sendiri. ye tak? ramai je yang buat duit dengan hanya jahit baju kat rumah, ambil tempahan masak itu ini, bisnes baik pulih macam2. TAPI. see? there's a BIG tapi kat situ. saya takde kemahiran. uhuk. kalau nak bukak bisnes sendiri nak jual apa? jual body? itupun rasanya tak laku. huhuh.

so sekarang, marilah menggunakan masa yang masih ada ni untuk tidur bagi mengelakkan mengantuk malam ni. heheh. tata semua... saya nak masuk tidur. malam ni kerja.

adios~













oh. lupa pulak. haritu masa balik, ayah keep asking me; anak ayah ni dah daftar sebagai pengundi ke? eheheh.... nak jawab apa ye? setiap kali balik mesti ayah tak lupa untuk tanya soalan tu. dan setiap kali ditanya, saya juga tak lupa untuk bagi alasan-nak daftar bila balik kampung bulan depan. dan ayah akan membalas jawapan tu dengan kata2-jangan sampai satu hari nanti orang bukan melayu yang memerintah kita. ngeee.... baik ayahandaku..

*korang yang dah cukup umur tu, dah daftar sebagai pengundi??*