Saturday, January 22, 2011

post seringkas mungkin

bismillahirrahmnirrahim....


just a quick update. petang tadi baru balik dari rumah abang. try ikut jalan kampung, masuk ikut tasik gelugor. Alhamdulillah, selamat sampai. tapi agak lambat la ikut jalan kampung. takleh bawak laju. sebab terpaksa kongsi jalan raya dengan 'pengguna' jalan raya yang lain seperti lembu dan kambing. khamis baru ni hampir terlanggar sekumpulan kambing yang teragak-agak nak melintas jalan. nasib baik sempat brek. kalau tak, harus banyak kambing-kambing yang kena sembelih.

esok kerja pagi. so malam ni perlu tidur awal supaya senang nak bangun seawal pukul 6 pagi esok.

ohh.. assignment tak siap lagi. masih berbaki 2 sub topik. kena buat assignment tajuk litho process. nasib baik jugak dapat proses yang agak senang. tak dapat bayangkan kalau dapat hot process, atau deposition (front/back end), ataupun etching. nasib baik juga dulu agak menumpukan perhatian dalam kelas fabrication untuk tajuk litho. tak tau kenapa, tapi saya suka litho process. oh. assignment ni saya kena present tau. rasa macam masuk u semula. ada assignment+presentation bagai. @_@'

emm.. ayah sakit di kampung. tak lalu makan. mak bagitau, berat badan ayah makin kurus. Ya Allah, sembuhkan penyakit ayah. kawan-kawan yang baca, minta tolong doakan kesihatan ayah saya. terima kasih. insyaAllah para malaikat akan mendoakan yang terbaik untuk anda semua.

last, geram dengan jiran sebelah rumah. adik-adik sekalian, tolong la jangan bising-bising waktu malam macam ni. eh. tak kira la malam ke siang. malu dik oi. kita perempuan kena cover suara. suara tu aurat ye adik-adik. apa kata jiran-jiran nanti. dah la jiran-jiran semua non-muslim. nanti diorang fikir islam menerapkan gaya hidup tak bermoral pada wanita islam. tak bagus...tak bagus.....

dah update semua kot. nak tidur. sebelum tu, nak pakai baju apa agaknya esok? harus cari baju yang tak payah digosok. dah tak larat nak gosok baju da ni. larat nak gosok gigi je. pastu nak bummm!!! atas katil.
zzzzzzzzzzzz~~~~
-_-

Saturday, January 8, 2011

1 malam bersama mereka

bismillahirrahmanirrahim....



saya baru pulang dari pulau pinang. atau secara khususnya, baru pulang dari USM. tempat menimba ilmu selama 3 tahun. stay kat sana 1 malam. thanks to fiza and qina sebab sudi tumpangkan bilik (fiza, saya tau kamu baca entri ni. ^_^).

oh lupa. petang semalam bertolak ke penang. sebelum tu singgah bukit mertajam, ambil lin kat sana. lepas tu terus ke penang, singgah shoping moping kat queensbay. hajat hati nak cari adiah kawen untuk kawan, tapi tercari set comforter untuk diri sendiri. perghhh.... memang zakiah dah berubah la. rasanya ada something yang masuk dalam badan nih. yang menghasut suruh sentiasa menghabiskan duit. -_-'

dan semalam, walaupun hanya satu malam dengan diorang, macam-macam cerita yang saya dengar. macam-macam perkara berlaku. tak sangka, tak percaya. kesian. tapi saya tahu mereka yang terlibat itu tabah. sebab kalau tidak takkan Allah pilih mereka untuk diuji. sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. betul, kita boleh bagi selori nasihat supaya tenang, ada hikmah di sebalik semua ni, besabar dengan dugaan yang dihadapi. tapi kita tak rasa apa yang dialami oleh orang tu. hanya orang yg kena je boleh tau dan rasa betapa sukar dan sakitnya untuk menghadapi masa-masa itu.

teringat saat-saat saya ditimpa ujian yang saya rasa sangat berat untuk ditanggung. rasa macam takda siapa nak tolong. rasa macam takde orang nak dengar masalah saya. rasa macam, kenapa la aku yang kena benda ni. kenapa tuhan uji macam ni? tapi alhamdulillah... sendiri sedar. sendiri-sendiri pujuk hati supaya sentiasa terima dugaan yang mendatang. dan sekarang, bersyukur sebab dikurniakan kekuatan dan berjaya mengahadapi dugaan tu. Alhamdulillah.

eh. rasa macam hape je tulis camni. apapun, doa saya supaya mereka diurniakan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. insyaAllah...



okeh. nak tengok tivi. tata.

Wednesday, January 5, 2011

entri pertama tahun 2011


bismillahirrahmanirrahim...




cuti 4 hari. nak buat apa ye?

1. basuh kereta. last basuh kereta beberapa minggu lepas. salahkan masa sebab selalu tak ada untuk saya basuh cik putih itu.

2. berehat sepuas-puasnya. masih belum recover sepenuhnya dari kepenatan kerja 9 hari tanpa henti hari tu.

3. ke rumah abang. yang ni tak sure lagi. mungkin esok atau lusa. atau mungkin tak pergi langsung? bahahah. durhaka punya adik.

4. menghilangkan tension dengan cara bershopping atau berjalan-jalan makan angin menghabiskan minyak kereta. yang ni tolak tepi awal-awal sebab melibatkan duit. apa-apa perkara yang melibatkan penggunaan duit harus difikirkan semasak-masaknya. hangit pun takpe. *dasar kedekut*

5. melakukan aktiviti yang sihat. contohnya berjogging setiap pagi atau petang. atau menyertai kelas aerobik setiap hujung minggu. tapi yang ni macam tak berapa nak menjadi. dah berapa minggu plan konon-konon nak jogging kat kulim, tapi tak jadi sebab beberapa alasan yang datang tiba-tiba (hujan / terpaksa temankan kawan keluar) sehingga alasan yang tak tiba-tiba (tidur di petang hari). kesimpulannya, saya memang malas dah nak berlari-lari menyihatkan diri. tapi nak tubuh yang langsing sihat dan fit tanpa gangguan lemak-lemak pengacau ni. shuhh lemak. jangan ganggu ketenteraman saya.
ohh...... harap-harap tak jadi seperti ini.




* baru habiskan nasi sepinggan bersama telur dadar dan tomyam putih. nasi dan telur dadar licin tinggal pinggan, tomyam pulak kuahnya habis. isi yang tinggal hanyalah serai dan bawang dan daun limau purut dan potongan lada.

tapi perut masih menginginkan burger tepi jalan.
-___- '

dasar kuat makan.



oh ya. selamat tahun baru 2011. azam? apa tu? ngeheheh.

tak lupa, tahniah buat ja a yang dah berkerjaya. ^__^