Wednesday, January 5, 2011

entri pertama tahun 2011


bismillahirrahmanirrahim...




cuti 4 hari. nak buat apa ye?

1. basuh kereta. last basuh kereta beberapa minggu lepas. salahkan masa sebab selalu tak ada untuk saya basuh cik putih itu.

2. berehat sepuas-puasnya. masih belum recover sepenuhnya dari kepenatan kerja 9 hari tanpa henti hari tu.

3. ke rumah abang. yang ni tak sure lagi. mungkin esok atau lusa. atau mungkin tak pergi langsung? bahahah. durhaka punya adik.

4. menghilangkan tension dengan cara bershopping atau berjalan-jalan makan angin menghabiskan minyak kereta. yang ni tolak tepi awal-awal sebab melibatkan duit. apa-apa perkara yang melibatkan penggunaan duit harus difikirkan semasak-masaknya. hangit pun takpe. *dasar kedekut*

5. melakukan aktiviti yang sihat. contohnya berjogging setiap pagi atau petang. atau menyertai kelas aerobik setiap hujung minggu. tapi yang ni macam tak berapa nak menjadi. dah berapa minggu plan konon-konon nak jogging kat kulim, tapi tak jadi sebab beberapa alasan yang datang tiba-tiba (hujan / terpaksa temankan kawan keluar) sehingga alasan yang tak tiba-tiba (tidur di petang hari). kesimpulannya, saya memang malas dah nak berlari-lari menyihatkan diri. tapi nak tubuh yang langsing sihat dan fit tanpa gangguan lemak-lemak pengacau ni. shuhh lemak. jangan ganggu ketenteraman saya.
ohh...... harap-harap tak jadi seperti ini.




* baru habiskan nasi sepinggan bersama telur dadar dan tomyam putih. nasi dan telur dadar licin tinggal pinggan, tomyam pulak kuahnya habis. isi yang tinggal hanyalah serai dan bawang dan daun limau purut dan potongan lada.

tapi perut masih menginginkan burger tepi jalan.
-___- '

dasar kuat makan.



oh ya. selamat tahun baru 2011. azam? apa tu? ngeheheh.

tak lupa, tahniah buat ja a yang dah berkerjaya. ^__^



No comments: