Sunday, October 16, 2011

Hidup perlu pembaharuan. Takkan nak duk takuk lama je..

Bismillahirrahmanirrahim..


Selamat hari ahad semua. Aku baru balik dari kampung hari khamis lepas. Tengok abang kesayangan yang baru eksiden jatuh motor langgar anjing. Nasib baik takde pape. Takat retak buku lali plus luka-luka kat muka ngan tangan. So sekarang berehat la beliau kat rumah bersenang lenang berjalan-jalan dalam rumah dan makan masakan mak aku selama sebulan. Macam syok je dapat MC sebulan. Hoh.


Aku dapat manager baru. Baru join department kitorang awal bulan aritu. Manager lama tukar department. Yang baru ni, sangat la komited dalam kerjaya. Sebelum ni berpengalaman dalam bidang semiconductor selama 12 tahun!! Pernah bekerja di Global Foundary S'pore. Bila masuk department kami, banyak la benda-benda yang kami tak tau yang dia ajar. Seronok. Tapi kadang-kadang tak seronok, sebab semua kerja dia nak cepat siap. Timeline dia selalunya tak pernah lebih 5 jam. Bagi kerja pukul 9 pagi, pukul 12 tengah hari dah nak tengok result. Kang bagi lagi pukul 12 tengah hari, pukul 2 petang dah nak tengok hasil. Perghhh...... Memang menguji tahap kelajuan minda berfikir.


Tapi seronok jugak la macam ni. Kalau dengan manager lama, kitorang banyak main. Dapat tugasan pagi, petang baru siap. Muahahaha... Dengan yang ni, sampai tak sempat keluar sarapan! Pernah sekali, makan tengah hari tak sampai setengah jam sebab tak sempat, banyak kerja lain nak kena setel. Hah. Baru masing-masing tau langit tinggi rendah, macam mana kerja dangan S'porean (he's from S'pore).


Hari ni ahad, hari off aku. Pagi-pagi dia dah hantar sms tanya scan result semalam. Adoi.... Terus hilang semangat bercuti.








* Tolong doakan abang aku cepat sembuh. Jeles jugak la tengok dia bersenang-senang kat rumah.