Saturday, July 31, 2010

indahnya hidup

bismillahirrahmanirrahim....

tadi gode2 youtube. terjumpa iklan ni. sangat menarik. funny, yet still have a good message.



bukan senang nak senang. kejayaan akan lebih bermakna jika kita dapat merasai kepahitan sebelumnya. =)








*******************************************************

tengah hari tadi dah ambil jubah konvo di usm. sangat rindukan usm. datang semata2 untuk ambil jubah, dan tak sempat jumpa kawan2 di sana. maka tak dapat nak melepaskan rindu. petang terus bergegas balik kulim, kerana esok perlu kerja demi mencari rezeki. heheh. ayat macam ayat drama. haha zakiah.

Tuesday, July 27, 2010

cuti cuti malaysia

bismillahirrahmanirrahim....

wahh... tajuk tak tahan. macam banyak sangat je duit nak cuti cuti pusing malaysia.

tadi reporting manager kasitau. saya bakal dimasukkan ke dalam shift, dan kemasukan tu akan berkuat kuasa bermula pada 1 ogos. maka dengan itu, diumumkan bahawa jumaat ni saya cuti!! eh apasal nada macam penyimpan mohor besar nak umumkan tarikh raya?

tadi semak jadual shift. sila baca betul2. ini bukan semak = rumput panjang tak dipotong sampai gajah pun boleh menyorok dalam tu tapi ini semak = check. ok tiba-tiba letak perkataan bahasa inggeris sebagai maksud bagi perkataan bahasa melayu.

ish. rasa serabut pulak perenggan di atas. tukar perenggan baru pulak. ahad ni kerja. sabtu ni insyaAllah akan ke penang untuk ambil jubah konvo. jumaat ni cuti, dan mungkin akan ke butterworth. yang menyeronokkan saya ialah, tarikh konvo jatuh pada hari cuti! jadi tak perlu susah payah nak apply cuti. sekarang cuma perlu plan berapa hari akan diambil untuk bercuti raya. mungkin akan cuti lama? sekejap? tak dapat dipastikan lagi.

sekarang sedang berfikir. mampukah saya bekerja 12 jam sehari? harap2 diberi kekuatan untuk menghadapi semua itu. aminn... ^_^

Saturday, July 24, 2010

srott...srott...kesat kesat hingus

ewwwwww.... tajuk kotor gila okeh. hahaha.....

cik kiah mengalami masalah kesihatan minggu ni. hari rabu dan khamis sakit tekak, jumaat sakit kaki, dan sabtu selsema. tapi sakit2 pun datang kerja tau... (memang la datang, sebab sakit tak teruk. hohoho). dan untuk hari2 yang saya tidak sihat itu, bos dengan lapang dadanya menyuruh saya duduk diam2 dalam pejabat dan tak perlu susah payah sarung bunny suit masuk ke fab. sayang bos saya ^_^ . semalam pula bos dengan baik hatinya menyuruh saya pulang ke rumah setelah melihat pekerjanya yang seorang ni berjalan terhencot2 masuk ke pejabat. see? betapa baiknya bos saya. heheh...

semalam jugak saya ke in-house clinic, dan doktor beri pain killer (yang belum dimakan walau sebiji pun) serta minyak panas untuk disapu ke kawasan yang sakit. huhu....

hari ini selsema. hanya telan panadol. tak pasti ini berkesan atau tidak. harap2 esok beransur sembuh. kalau masih tiada perubahan (atau makin merebak) mungkin akan ke klinik panel yang berdekatan. harap2 boleh sembuh cepat. hari isnin sudah mau kerja. dan jika anda mengalami selsema, adalah tidak selesa (malah tidak digalakkan ataupun tidak dibenarkan, saya kurang pasti) masuk ke dalam fab. takkan nak suruh saya duduk diam dalam pejabat? oh tidak.....




***************************************

*fab~ juga dikenali sebagai clean room. di kilang, ia lebih senang disebut sebagai fab. ^_^

Wednesday, July 21, 2010

makan makan


bismillahirrahmanirrahim....

tengah2 makan tiba2 tergatal tangan nak post entri. oleh sebab dalam kepala dan mulut penuh makanan, so hanya dapat ppost entri tentang makanan jela. dan gambar adalah hasil carian google. tak sempat nak snap gambar sebab nafsu makan menghalang. kena turut nafsu makan ni. kalau tak nanti dia merajuk tak mau bagi kerjasama dalam soal selera makan.

jadi, mari lihat menu makan malam saya hari ini.


cendol


nasi dagang



sate ayam


ye.... semuanya berlemak dan berkolestrol. habis la kamu wahai zakiah.





*******************************************

* balik kerja terus pecut kereta ke pasar malam berdekatan stesen bas kulim. sejak tinggal di kulim, pasar malam sudah diangkat sama taraf dengan queensbay, dan tersenarai sebagai salahsatu tempat yang wajib dikunjungi setiap minggu.

** kawan2, jangan kaget jika anda lihat saya makin mengembang. huhu. saya sudah gemok!!!

*** nasib baik saya tak turutkan nafsu makan yang beria2 nakkan keropok lekor dan murtabak. ishhh..... tengok, nafsu makan saya sangat jahat. @_@'

**** kalau tak silap esok ada pasar malam berdekatan rumah. hehehehehehehehe.......

Tuesday, July 20, 2010

air....air.....



bismillahirrahmanirrahim....

dengan dukacitanya saya memaklumkan bahawa kawasan kejiranan saya (kg.sungai ular,kulim) sekarang mengalami masalah terputus bekalan air gara2 pam air kerajaan menghadapi masalah yang menyebabkan air tidak dapat disalurkan kepada pengguna.

sedih okey. balik kerja, nak mandi tapi tak ada air. waktu entri ni ditulis, pemilik blog (malu nak mengaku nama) belum mandi lagi. huuuuu.......

malam ni kalau mandi kat masjid boleh tak? esok pulak mandi kat kilang. ada shower room dekat gym. hihihi....





katak oh katak..kenapa tak panggil hujan?
cepat lah panggil hujan, aku nak tadah air.

Monday, July 19, 2010

monday blues


bismillahirrahmanirrahim....

cepat la hari jumaat. nak cuti!!

itu adalah antara ayat yang keluar dari mulut setiap kali tibanya pagi isnin. ayat2 lain termasuklah "haih....malasnya nak pergi kerja hari ni". ataupun, "kenapa cepat sangat hari isnin ni? tak puas lagi cuti." heheh. aiiii... baru sebulan
kerja dah pandai buat perangai ke zakiah?

kini baru saya tau, apa yang dimaksudkan sebagai monday blues. perasaan yang tak dapat digambarkan melalui kata2 apabila tibanya hari isnin. walaupun kerja di kedah yang sepatutnya mula hari ahad dan habis hari khamis, tapi kilang ni beroperasi 24 jam, dan shift saya setakat ni bermula hari isnin dan berakhir pada hari jumaat. mungkin jika shift saya jatuh pada hari ahad hingga jumaat, namanya akan bertukar menjadi sunday blues. ataupun jika saya termasuk dalam shift yang bekerja hari selasa hingga sabtu, saya akan menyebutnya sebagai tuesday blues. hahaha... apa kau merepek ni zakiah? hadoii....

sebenarnya saya dah mula merindui zaman belajar. tengok. baru sebulan menempuh alam lain dah mula pandai nak rindu2 zaman belajar. tapi serius, dulu masa belajar kalau rasa malas nak ke kelas, boleh mesej2 kawan sekuliah bagitau harini taknak pergi kelas. alasan, malas. then duduk di bilik, tidur puas2. sekarang cuba la kau buat perangai macam tu. rasa malas pergi kerja, hantar mesej kat kawan sepejabat bagitau taknak datang kerja. alasan, malas. heh. tengok la hujung bulan macam mana. @_@'

okey zakiah. come on!! cheer up!! no blues2 anymore.



*ceria tahap melampau. bos mesti suka kalau semua pekerja dia muka macam ni. hahaha...*

Sunday, July 18, 2010

teguran secara berhemah. macam mana caranya?

bismillahirrahmanirrahim....

err.... macam mana nak mula ye?

semalam kan.. jumpa sorang budak rumah ni. makan ngan dia. dan dia pun cerita la....

dia pergi satu kedai makan ni, dan nampak sorang laki tunjukkan ***** dia kat budak perempuan ni tadi. kes yang sama pernah berlaku kat dia suatu masa dulu, di mana masa dia naik bas ada sorang laki turut tunjukkan ***** dia kat budak perempuan ni. dia bagitau saya, dia pelik kenapa laki suka sangat tunjuk aset diorang kat dia? dan kenapa dalam banyak2 orang, dia yang terkena? kenapa laki2 tak guna tu tunjukkan benda tu kat dia? apa salah dia?

pada pendapat saya, mungkin laki2 tu rasa teruja tengok dia. sebab tu diorang tergamak nak tunjuk benda2 camtu. mungkin cara pemakaian dia yang menyebabkan berlakunya perkara tu. em.. mungkin sesetangah daripada anda semua akan cakap, pakaian tak melambangkan apa sangat. sebab ada je wanita yang tutup semua, pakai baju longgar, kena ***** jugak. tapi bila seorang wanita tu sengaja pakai pakaian yang terdedah sana sini, itu memang cari nahas (tak kira la memang betul2 terdedah atau terdedah secara sembunyi-pakai baju ketat, sehingga nampak bentuk2 yang tak sepatutnya) . laki seperti yang kita tau, nafsu ada 1. dan satu2nya nafsu mereka disalurkan ke arah itu.

saya nak je cakap semalam. kalau adik pakai pakaian yang sopan sikit, tak terlalu terdedah sana sini, mungkin nafsu laki takkan terangsang dan diorang takkan tunjuk benda2 yang tak sepatutnya kat adik. tapi saya tak mampu. tak tahu ayat macam mana yang patut disusun. macam mana nak keluarkan ayat untuk menegur tanpa menyakitkan hati dia. apatah lagi dia adalah orang yg baru saya kenal. hurmm.....

anda semua mesti pernah alami masalah ni kan? berniat untuk menegur, tapi tak tau cara. takut hati orang yang nak ditegur tu terluka. saya pernah dengar sebelum ni, kalau susah sangat tak tau macam mana nak tegur seseorang tu, just doakan yang terbaik untuk dia. harap2 doa kita dimakbulkan. aminn... tapi kalau ada sesape yang mempunyai cara untuk menegur secara berdepan dan berhemah, tolong kongsikan bersama. terima kasih.. ^_^

Saturday, July 17, 2010

facebook oh facebook

bismillahirrahmanirrahim....

harini hujan. dari pukul 4 lebih sampai pukul 7 malam. maka, aktiviti petang tadi tak lain dan tak bukan, adalah tidur sepanjang petang. pagi tadi sibuk melayan facebook dan youtube. tengok cerita2 yang pernah terlepas suatu masa dulu. petang, bangun tidur pada pukul 6.30, untuk solat asar. ish3.... teruk3...

bangun tidur petang tadi, tiba2 terfikir. facebook ni banyak kegunaannya. mari kita lihat kegunaan facebook. heheh.

1. mencari kenalan lama yang terpisah sejak zaman sekolah tadika hingga sekolah menengah dan maktab serta universiti atau kolej.

2. mencari kenalan baru. tujuannya untuk menambahkan kenalan. atau sekadar untuk meramaikan jumlah kenalan di facebook. kalau boleh nak jumlah kenalan mencapai angka ribu2.

3. tempat untuk meluahkan perasaan. rasa marah, bengang, sedih, gembira. semua dilepaskan di laman facebook.

4. laman meluahkan pertanyaan. contoh:
'sape tau bila tarikh sebenar konvo usm?'
'tau tak kat mana kedai yg jual cendol sedap kat area kulim?'
dan bermacam pertanyaan lain lagi.

5. online diary. atau mungkin lebih sesuai disebut sebagai online journal. sebab? pengguna facebook lebih suka meletakkan informasi dan catatan harian mereka di wall facebook. contoh:
'harini flight sepatutnya pukul 3.30 pm, tapi delay 3 jam. lambat la aku sampai rumah nanti..'
'Alhamdulillah...kucing aku selamat melahirkan anak yg ke 7 pagi tadi.'

6. tempat untuk bermanja (bagi pasangan yg belum berkahwin). kenapa aku cakap macam tu? sebab selalunya pasangan yg belum kahwin ni yang seronok sangat nak tunjukkan kasih sayang diorang. yg dah kawin tu, masing2 tau diorang sayang pasangan masing2. contoh:
'yangggg...... i sayang sangat kat u. rindu sangat2 ni...'
'abang...malam ni makan sama nak? abang amik ayang kat tempat biasa ye. '
(eh jap. macam penah buat je semua2 ni. tapi versi aku tak daring camni la. biasa2 sudah..)

7. tempat untuk berkebun tanpa perlu mengeluarkan peluh. huhuh..

8. tempat menceritakan sesuatu. selalunya berkaitan pengalaman la..

9. tempat paling sesuai untuk menghebahkan sebarang aktiviti.

10. tempat untuk menasihati sesama insan. post je kata2 atau ayat2 yg boleh membimbing manusia, insyaAllah akan dibaca. harap2 pembaca2 tu akan lembut hati dan berubah. =)

haish... ada lagi ke? tak dapat nak berfikir dah. dah lewat ni. nak tidur la..



*eh.. tiba2 terasa nak makan sate. mungkin patut dipost di wall facebook keinginan ni. ahakz~

Friday, July 16, 2010

skema

bismilahirrahmanirrahim....

nama saya zakiah. boleh panggil zakiah. cik kiah. apa2 jela. tujuan saya buat blog ni sebab saya fikir saya rajin menulis. harap2 saya akan rajin menulis di sini. blog lama dulu dah ditinggalkan. sebabnya isi kandungan yg tak menarik. ada orang komen, blog lama saya dipenuhi luahan hati saya. jadi saya buat akaun baru, dan insyaAllah saya takkan letak luahan hati jiwang saya kat sini. tapi kalau terletak jugak, nak buat macam mana ye tak? saya manusia biasa. saya budak baru belajar. hihihi..... ^_^






* macam hape je. taip entri macam nak masuk pertandingan menulis cerpen.