Saturday, December 18, 2010

kurang diajar? atau kurang belajar?


bismillahirrahmanirrahim...

burrppppp.... alhamdulillah... baru abes makan bihun sup, pisang goreng, ayam goreng, dan milo panas. menu penutup untuk harini. pagi tadi dimulakan dengan sebijik coklat sebagai sarapan pagi. lepas tu diikuti dengan bihun goreng+telur goreng+sandwich dan air sirap untuk minum pagi. tengah hari pulak ditemani dengan laksa+buah betik dan ciku, bersama air limau kasturi. dan seterusnya petang perut dijamu dengan air laici+snack cheezel dan corntos (whatever la ejaan dia macam mana pun. aku tau makan je). dengan senarai tu, rasanya dah cukup nak bagitau bahawa nafsu makan saya memang sukar nak dibendung buat masa sekarang. I earned 2 kg after hari raya haji. hoh. hebat bukan? T_T

hah. tengok tajuk baru ingat. nak cite nih. tadi pergi pasar malam. sambil berjalan tu sambil saya bercakap di telefon. tiba-tiba ada pulak mangkuk-mangkuk ayun yang umur dalam range belasan tahun mengajuk perbualan saya. macam sial. biadap betul. kurang ajar. no wonder our MOE proposed civic learning into syllabus. sebab budak sekarang dah kurang kesedaran sivik. dah tak reti nak hormat orang yang lebih dewasa. spender pun emak yang beli. ada hati nak kurang ajar dengan orang. s*u*i*.

sorry if i'm too rude this time. memang sangat panas hati. rasa macam nak tempeleng je budak-budak tu. pikir yang dia anak entah sape-sape, terpaksa lupakan hasrat tu. tapi mulut laser I memang lepas jugak la tadi. then the good side of me remind
me, they might act like that because nobody care to them. just pray for them, hopefully they will change. and hopefully in future, if I have chance to have kids, they won't be like them.

and balik tadi, jumpa pic's ni. tak banyak, tapi rasanya cukup untuk menggambarkan insiden semalam.


rombongan pekerja dari fab building.


golongan yang sampai awal. heh. hebat...


pua chu kang versi malaysia- boot kaler putih.

bukan saya dan kawan-kawan je yang mampu ketawa dalam situasi cemas begini. -_-















* tadi review shiftplan, baru tau yang orang lain pakat amik cuti since quarter change is coming. ingatkan 2 orang je cuti. rupanya 4 orang!! now tinggal kami bertiga sebagai kuli batak. weh, korang cuti sikit-sikit dah la. sapa nak buat kerja ni??

** lately selalu mimpi benda bukan-bukan. last night mimpi toyol. Ya Allah.... dah baca doa semua dah. apa maksudnya?



3 comments:

Unknown said...

aku suka ayat "spender pon mak yang beli"

lain kali kau tabur je kekuat kat situ, bagi semua orang kat pasar tu dengar..

cik kiah said...

takut gak. mak aku pesan, duk tempat orang kena selalu jaga mulut. buatnya budak2 tu jenis ada geng kaki pukul, mati aku.

Unknown said...

alah, hidup kau dengan diorang lain kot.. kau habiskan masa kat kilang, dak-dak tu habiskan masa kat cyber cafe ponteng sekolah.. haha..

maybe diorang ingat kau lebih kurang sebaya ngn diorang kot.. awet muda.. heheh..