Sunday, November 28, 2010

november

bismillahirrahmanirrahim...



bulan sebelas tahun ni mungkin bulan yang kurang sesuai untuk saya agaknya. macam-macam perkara tak elok berlaku sepanjang bulan ni. sama ada jadi kat saya, family atau yang terdekat.

1. kesayangan nombor 1 cedera. tak lain tak bukan cik myvi tulah. lampu kat side mirror belah kanan tu pecah sedikit. namun masih boleh digunakan lagi. kejadian berlaku apabila abang kesayangan me'reverse' kereta lalu terlanggar tiang rumah. oh ya.. peristiwa ni berlaku pada hari raya korban. yang akhirnya mengorbankan side mirror cik putih. (taip pasal side mirror, terbayang side mirror patah yang ini. hohoh)

2. anak saudara jatuh basikal. berlaku sehari selepas kes side mirror, iaitu hari yang sama saya pulang ke butterworth.. malam saya sampai di sana, dia muncul dengan bahagian kanan muka bercalar hasil geseran dengan tar jalan. mulut pulak herot kerana dijahit. haishhh..... dah macam kaki pukul je aku tengok.

3. ayah kepada kesayangan meninggal dunia seminggu selapas raya. ini dah di beritahu sebelum ni.

4. terpaksa bekerja seorang kerana partner shift bercuti. bekerja seorang diri dengan ditemani beberapa senior selama 3 hari berturut-turut bukanlah suatu perkara yang menarik. lebih tak menarik bila hari sabtu, di mana saya terpaksa membentangkan report hari jumaat berseorangan di hadapan senior engineer dari bahagian lain tanpa ditemani oleh bos. (bos hanya turut serta dalam meeting hari isnin sehingga jumaat). yang lagi tak menariknya, sabtu haritu assitant engineer (AE) cuti. dan engineer yang ada cuma 2 orang - saya & seorang senior (zura).

5. malam ni, kesayangan saya eksiden. keretanya dilanggar dan melanggar. hahah. ok tak lawak pun zakiah. serius semula. sebuah volvo berplat singapura melanggar lari keretanya. melanggar keretanya lalu berlari/melarikan diri. atau melanggar sambil berlari? @_@



######################

* mungkin lepas ni takkan pilih november sebagai tarikh perkahwinan (oh tiba-tiba).
-_-'




6 comments:

Aku Juga Mempunyai Sekeping Hati said...

november sudah mau habis.. =)

cik kiah said...

huhu....harap2 takde lagi perkara2 tak diingini berlaku di penghujung sisa-sisa november ni.

Unknown said...

moga berjaya pindah barang keluar dan masuk rumah ya.

ah, kereta aku pon tak bayar lagi. mungkin esok. hahaha.

cik kiah said...

wah3....dah punya kereta sendiri kah?huhuiiiii...nak tengok keta baru!

Unknown said...

bukan Lah kereta baru. aku tanggung kereta vitara tu je. hahaha. kalau aku dah belibketa baru, sure ak heboh kat blog punya. hahaha.

cik kiah said...

heheh.menanti kereta baru ja a. hohoho..