Wednesday, February 2, 2011

hari ni hari first cuti, tapi tak ceria langsung. apa hal?


bismillahirrahmanirrahim....

selamat bercuti semua. kepada yg balik kampung, semoga selamat sampai ke destinasi. kepada yg tak balik kampung macam gua, selamat duduk rumah sorang sorang.

ekceli gua tensen. gua sedih. hati gua pedih. gua stress. kenapa? harini hari first gua cuti. tapi harini jugak hari paling stress gua rasa. gua kena tinggal kat rumah sorang sorang. housemate gua semua pakat balik kampung. dayah dah bertolak balik bentong lepas habis kerja petang tadi. khalid a.k.a khalidah dah selamat ke ipoh pun lepas habis kerja petang tadi. deylin pulak nak balik kelantan malam ni. kejap lagi nak gi anta dia kat stesen bas. dan gua? duduk la kau sorang sorang terkontang kanting kat rumah.

tapi nasib baik la depan rumah sewa gua ni ada orang. rumah cina. dari malam semalam, bedentum dentam bunyi mercun. so takdela gua rasa sunyi sepi. la ni pun duk ada anak anak cina tengah main baling-baling mercun pop.

gambar- sumber dari google.

anyway, area rumah sewa gua ni memang 1 Malaysia. time deepavali haritu, rumah india hujung tu sibuk buat macam-macam untuk sambut raya. time krismas ngan new year, segala tok nek bunga api diorang pasang. tak tau la sape punya kerja tu. tapi sangat meriah ok. ni time CNY, meriah jugak tengok diorang sambut raya. tapi time raya puasa? ntah. gua sibuk nak balik kampung raya. tak sempat dah view suasana sambutan raya kat sini. hahah. oh tadi gua nampak anak cina depan rumah ni bawak makana sepinggan nak kasi kat rumah india sebelah dia. wah. teruja pulak tengok situasi tu.

okeh. sambung lagi. harini hari first gua cuti. dan harini hari last bank beroperasi sebab esok dan jumaat cuti umum. ke, esok bank bukak jugak? tak mungkin.

jadi tadi gua pegi maybank. niat ati nak withdraw duit untuk bayar segala tok nenek hutang yang bertimbun ngan nak bank in duit dalam tabung haji. masalahnya sampai je kat depan maybank tu, pintu tutup. kejadahnya nak tutup-tutup pintu bagai? aku nak keluarkan duit ni. rupanya dalam tu ada security tengah guard orang yang nak ambik duit dalam ATM tu. ala, yang memang kerja amik duit dari ATM pastu gi anta kat bank tuh. ces. hah. yang ni lagi satu gua hangin ni. masuk petang tadi dah 2 kali gua berhadapan ngan situasi ni. asal esok cuti, petang ni mesti diorang datang nak kutip segala duit dalam ATM tu. time tu pulak mesti gua tengah terdesak nak withdraw duit. macam siot je. dah tu tadi terpaksa gua lari pegi BSN. konon-konon nak kuar duit kat BSN la pulak. tapi ATM kat BSN pun macam haram gak. satu je yang beroperasi. itu pun beratur orang nak withdraw duit. last-last gua start keta, pegi bank islam. withdraw kat bank islam, bayar kat bank islam. niat ati nak save singgit sebab withdraw kat ATM maybank. tapi bukan kata nak save singgit, minyak keta gua pulak yang rugi sebab terpaksa pegi jauh tapi takde hasil.

lebih kurang macam ni la gua tengok depan maybank tadi.

so tadi gua hanya berjaya bayar pinjaman keta. takpela, itu memang yang paling penting sebab ada limit masa which is kena bayar sebelum 5 hari bulan setiap bulan. yang lain-lain macam hutang PTPTN, sewa rumah, nak bank in kat mak ayah + bank in kat diri sendiri, itu takde limit masa. tengok la minggu depan kalau sempat gua pegi lagi. oh lupa. gua memang bayar PTPTN kat kaunter bank islam. jangan tanya kenapa. gua rasa lebih senang kalau bayar semua hutang-kereta, pinjaman pelajaran, rumah sewa- melalui bank islam. kiranya itulah bank yang setiap bulan bakal mengempiskan tabungan gua.

sekarang gua tengah fikir aktiviti untuk 3 hari yang akan datang. kawan-kawan gua sarankan gua supaya pegi penang. tapi gua tak suka sangat la gi penang time-time raya ni. gua risau jalan sibuk dan tempat-tempat lain penuh orang. gua kan tak suka tempat-tempat ramai orang nih. ceh. muntah baca ayat sendiri.

oh. lupa nak cakap. minggu depan gua fikir nak balik kampung. and plan nak mintak cuti 3 hari. 13, 14, 15 feb. mintak-mintak la manager gua luluskan cuti. tolong doakan gua. last gua cuti panjang adalah pada raya puasa haritu. dah lama tu.

dan gua plan nak balik pahang dengan kereta. masalahnya abang gua tak kasi gua drive sorang-sorang. kalau ada kawan, then baru dia kasi gua bawak balik keta. so, ada sapa-sapa nak balik ngan gua? gua plan nak bertolak 10 atau 11 feb. tak sure lagi. harap-harap banjir dah surut. hah, yang ni pun gua tengah pikir jugak. jalan nak ke rumah mak ayah gua tu rata-ratanya jenis jalan yang mudah tenggelam. tapi gua rasa jalan dari palong tu boleh lalu kot. sebab baru tadi boifren gua bagitau dia lalu jalan tu. tapi...

ni jalan kat area air terjun ulu bendul. tanah runtuh la pulak. menakutkan. huhuh. apapun, gua harap semuanya selamat. fuh. fuh.

okeh. gua mau siap-siap. nak pegi stesen bas. dah kering idea dah ni.

4 comments:

Unknown said...

ni zakiah ke?
pakai ayat gua-gua plak ni..

x pe gak kau dapat habiskan masa sesorang kat umah.. aku kena keje time raya cina.. tapi nikmat keje x banyak la..

cik kiah said...

err....heheh.ye, ni aku ja a. tension duk sengsorang kat rumah membuat aku tertwist identiti sekejap.huhuk.

ko kerja?wah...bagus..bnyk la gaji bulan ni.kekeke...

Unknown said...

kawal diri anda.. haha..

oh, aku harap gaji banyak.. Harap..

Aku Juga Mempunyai Sekeping Hati said...

er...ni zakiah ke sape y entry ni??