Sunday, March 13, 2011

Review filem: Hikayat Merong Mahawangsa


Bismillahirrahmanirrahim....



Weuwww..... Korang mesti tau kan citer nih? Dah tengok? Kalau dah, bagus. Belum? Tunggu apa lagi? cepat2 pergi pawagam berhampiran. Seronok weh. aku jarang update citer terbaru, sebab aku ni jarang berminat dengan citer2 kat pawagam tuh. kalau tengok pun, takdela fanatik sangat. biasa-biasa jela. tapi yang ni, memang citer pertama yang ditunggu-tunggu kehadirannya. first time tau citer ni nak kuar masa tahun lepas, time tu tengok iklan dia je. terus rasa teruja. terus rasa, "wow! bila citer ni nak keluar? wajib tengok kalau dah keluar". hah, camtula kiranya.

So, malam tadi dah tengok citer ni dengan housemate kat Sunway Carnival. dan.... ia sangat hebat! kenapa ia hebat? sebab ianya filem epik yang bukan semata-mata epik. ianya epik yang jarang orang ambil tau. korang pernah denar hikayat Merong Mahawangsa sebelum ni? kalau pernah, ada korang ambik tau cerita tu? paling-paling pun orang tau cerita Hang Tuah 5 bersaudara, legenda Mahsuri kena tikam keluar darah putih. itupun kalau suruh cerita balik, ada yang rongak sana sini cerita tu sebab dah tak ingat semua. jadi, dengan adanya hikayat-hikayat yang difilemkan macam ni, sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran rakyat malaysia untuk bukak balik lembaran sejarah lama. biar sedar diri sikit. takdela nak bertelagah sesama sendiri je kojenye.

dan yang bagusnya cerita ni, ianya filem keluaran anak tempatan.


tak lain tak bukan, anak-anak pakcik halim ni la... kalau korang pengguna barangan buatan malaysia, maka patut pergi tonton cerita ni hari ni jugak. takyah tunggu esok, sebab harini cuti. esok kerja la, kelas la, so tak sempat.

dan lagi, dia punya jalan penceritaan, teknik CGI, scene-scene mendebarkan, watak-watak yang dimainkan, semuanya nampak hebat pada mata aku. (mata aku jela, mata orang lain tak tau pulak). walau macam mana pun, kadang-kadang ada jugak rasa pelik terutama bila dengar puteri cina tu cakap melayu. wondering, 'eh, dia ke yang cakap? ke orang lain?' kekeke...

dan lagi, ni bukan sekadar filem epik perang-perang yang serius. ada jugak dialog yang mempunyai unsur-unsur jenaka. contoh:

1. Owh, that must be my uncle, Merong Mahasuasa.

2. Ying Ying: .... tall, and muscular.. *with shining and bright face* (referring to Merong)
younger, and less muscles *dengan mimik muka kecewa* (referring to prince Marcus)

3. Ying Ying: Princess!! I know his weakness!
Princess Meng Li Hua: What weakness?
Ying Ying: The weakness of the big, bald man; the 'mawas' man....

keh keh keh....

Oh. ada lagi. ada beberapa perkara yang jadi persoalan pada aku sampai sekarang.

1. Kenapa Pak Kesum terlalu percayakan amanat yang mengatakan akan ada raja dari kalangan orang luar untuk memimpin suku diorang? kenapa diorang tak cari raja dari kalangan sendiri? seolah-seolah terlalu mudah nak percayakan orang luar untuk jadi pemimpin tanah air sendiri.

2. Kenapa banyak sangat darah memancut masa perang tu? kalau citer omputih takde pulak darah memancut-mancut banyak camtu. soalan ni housemate aku yang tanya. dan aku jawab, mungkin sebab orang melayu perang guna parang dan keris, so sekali tikam darah memancut-mancut. omputih bunuh pakai pistol. sekali tembak terus senyap. agak-agak betul ke jawapan aku ni?

3. Macam mana Puteri dengan Ying Ying tu boleh berlari selamatkan diri masa tengah-tengah perang tu? lepas tu tak kena anak panah pulak tu.

4. At the end of the story, narrator (Raja Muzaffar Shah) bagitau yang dia merupakan keturunan ketujuh Embok dengan Merong. tapi bila Embok kawen dengan Merong?

lagi satu, ada benda baru yang aku dapat dari movie ni. teknik perang menggunakan teori Archimedes. korang tau? kalau tau takpe. kalau tak tau, kelik sini. "the burning mirror" nama dia. mengikut prinsip ni, kita perlu siapkan cermin besar dan hadapkan cermin tu ke arah pihak yang nak 'dibakar' dengan cara memantulkan cahaya matahari ke arah pihak lawan. nak senang paham, tengok gambar bawah ni.


aku tak tau pun sebelum ni, sebab kalau sebut Archimedes mesti terbayang prinsip "daya tujah ke atas yang dialami oleh jasad yang direndam adalah sama dengan berat cecair yang tersesar."


Aku dan housemate apa lagi, pakat gelak la. dah grad, dah kerja pun still tak tau benda alah burning mirror ni. time Merong cakap nak guna teknik Archimedes dalam perang menentang puak Geruda, pastu dia pegang pecahan cermin yang dicantum membentuk bulatan, kami saling berbisik. "dia nak kasi puak Geruda tu silau ke?" "atau, dia nak bagi puak Geruda tu nampak pantulan diorang sendiri kat cermin tu, so Geruda akan anggap puak Merong tu ramai." dengan cara tu, mungkin puak Geruda akan mengalah. heh. teori di sebalik teori.

Actually, banyak lagi benda yang boleh dipelajari dalam cerita ni. nak tau lebih, sila la pergi tengok. kalau nak tau serba sedikit jalan cerita dia, boleh tengok sini. aku nak ulas jalan cerita dari awal sampai habis karang, tu macam menggalakkan korang untuk tak tengok cerita ni. keh keh keh.

So, tunggu apa lagi, cepat-cepat ajak kawan-kawan atau adik beradik pergi tonton cerita ni. aku pun ingat nak tengok lagi sekali. mungkin rabu ni. atau khamis? jumaat tak mungkin sebab kedah cuti. takut ramai orang. ingat nak pergi sorang je. yela, dah yang lain koje. terpaksa la jadik lone ranger. heh.



sampai sini dulu. jumpa lagi lain kali.
^_^

2 comments:

FurBall said...

wah..menarik nye cite nih..dah lah tak pat tgok..kat kelantan tade wayang..spoiler tul lah aki nih..hehehe...

cik kiah said...

huh???yeke?abes selama ni tak tgk wayang la kat sana?