Thursday, August 2, 2012

7 bulan ...

Dah lama tak menjenguk ke sini. Tak berapa rajin nak menaip kat sini sebenarnya. Mungkin sebab hari-hari kerja menaip je kat pejabat, so dah muak tengok keyboard nih. -__-''

Tapi harini tiba-tiba muncul rasa nak datang sini. Sebabnya tadi 1 of my colleague SMS, bagitau yang dia nak resign. Biasa la perempuan, kalau ada apa-apa mesti akan find someone untuk share the story. Dan disebabkan aku sorang-sorang kat rumah ni, maka jadi lah aku kacang yang kembali mendapatkan kulit yang telah dilupakan dulu, meluahkan rasa kat sini. Honestly, sangat sedih bila dia SMS tadi sebab dia bagitau dia ada 3 minggu je lagi kat sini. Kiranya lepas aku balik cuti raya dia dah takde la. Dan sedih jugak sebab we are passdown partner. Meaning if I'm in night shift, she'll be in the morning shift. And we'll passdown to each other every morning and evening. Tapi yang jadi sebab aku sangat-sangat sedih sebab dia dapat tukar kerja dulu. Bila la rezeki aku nak sampai nih. Tak larat dah nak duduk berjauhan macam ni. Mak ayah kat kampung tu pun dah tak larat tanya bila nak tukar kerja dekat-dekat sikit.

So sempena bulan berkat ni, saya nak doa banyak-banyak supaya dipermudahkan urusan supaya saya dapat tukar kerja ke tempat yang lebih dekat dengan mak ayah saya. Aminn.... Sape-sape yang terbaca post ni, tolong la doakan untuk saya k. 

No comments: