Friday, August 26, 2011

Raya! Raya!


Bismillahirrahmanirrahim..


Pagi uolzz...


Harini hari last korang kerja kan? Wah wah wah... seronok la ye?Esok dah mula cuti. Esok masing-masing nak balik ke kampung halaman. Ke ada yang start balik harini or semalam? Wahhhh lagi. Bestnye yang balik awal tuh. Saya balik esok pagi insyaAllah... Doakan saya selamat dalam perjalanan pergi dan balik. ^_^ Korang pun yang balik kampung, hati-hati di perjalanan.


Sebenarnya saya dah mula cuti semalam. Tapi esok baru nak balik pahang. Nak habiskan masa 2 hari ni dengan kawan-kawan. Saje la konon ambik mood nak raya sama-sama. Heheh.. Yela, saya kan kerja shift. Bulan puasa ni berapa hari je jumpa diorang. Mesti ada je clash dengan aktiviti lain. So malam tadi kitorang keluar untuk shopping kelengkapan yang belum lengkap. Kekekeke.... Korang punya persiapan raya macam mana? Dah lengkap semuanya?


Jom kita tengok check list untuk raya:


1. Baju raya

At last, saya dapat jugak baju kaler hijau. Weehuuuuuu.......


Tudung raya, tapi nampak lain pulak kaler bila dalam gambar.



2. Kuih raya

Ni kuih saya dengan dayah. Berbalang-balang, semua longgok kat ruang tamu. Keh keh keh... Semuanya saya beli kat kilang, order ngan sorang akak kat tempat kerja. Masa beli seronok je mengorder. Time dah dapat, nak bawak balik, mula la jenuh fikir tak tau nak angkut macam mana. Banyak sangat. Malu pulak bawak kuih banyak-banyak balik kerja. Last-last angkut 2 kali. Separuh bawak hari selasa, separuh lagi bawak hari rabu. Heheh.


Jeruk salak. Dulu-dulu tak pernah bawak balik jeruk untuk raya. Tapi sekarang dah boleh bawak la. Sumbat je dalam bonet, siap. Heheh. Ni pun saya ngan dayah yang punya. BUKAN saya punya sorang ok.... Jeruk ni boleh buat jamu tetamu masa raya. Jangan tak tau, kawasan kejiranan saya, diorang lebih suka kalau kita hidang jeruk, kerepek, kacang, dan yang sewaktu dengannya. Biskut-biskut ni, kalau yang cantik-cantik dan nampak sedap tu diorang makan la. Yang nampak pucat dan tak berapa nak sedap tu hurmmmm..... susah sikit nak disentuh.



3. Duit raya

Sampul sahaja. tunggu balik rumah baru nak isi duit. Sebab tak tau nak isi berapa.



4. Persiapan raya

Ni dayah ngan deylin. Malam tadi sempat lagi kitorang beli lampu kelip-kelip untuk pasang kat rumah. Semangat raya la konon. Pukul 11 malam terpanjat-panjat memasang lampu. Uncle depan rumah tu keluar masa kitorang pasang lampu ni, agaknya pelik kot- apa la budak ni buat malam-malam kat luar rumah riuh-riuh. Kekekeke....


Yang ni dayah punya. Bantal raya jugak katanya. Hadiah kat tepi tu, untuk kawan kitorang yang nak kawin lepas raya ni.



So, macam tu la persiapan raya versi anak dara rumah ni. Anda macam mana?


Oh terlupa. Sesiapa yang menggunakan lebuhraya utara-selatan, ni jadual perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS Expressways:



Tapi saya dah tentu tak ikut jadual ni. Mana taknya, tengok kat area yang kotak merah tu, perjalanan dari utara ke selatan yang nak masuk senawang, kena masuk lebuhraya pukul 6 petang. Kalau saya ikut, tak dapat la nak berbuka puasa dengan emak ayah. Heheh. Tapi memang bagus pun ikut jadual ni, sebab selalunya kalau balik, kitorang akan menempuh kesesakan dekat area Nilai ke selatan. Termasuklah kawasan kampung dekat Kuala Pilah, dan kampung-kampung berhampiran.


Eh, cakap pasal PLUS, teringat kat touch 'n Go yang belum top up lagi.


Ok la, nak sambung mengemas. Lepas ni nak isi minyak, cek angin tayar, basuh kereta, top up touch 'n Go, semua la. Petang ni gerak ke rumah abang, esok insyaAllah akan pulang ke kampung halaman. Kepada kawan-kawan, salam aidilfitri saya ucapkan. Mohon maaf atas semua salah silap yang saya lakukan, sedar mahupun tak sedar. Halalkan semua makan minum saya. Selamat bergembira untuk anda semua.


~SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN~



^_^

Wednesday, August 17, 2011

Tujuhbelas Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim...


Salam and hi all.




Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam. Semoga puasa tahun ni memberi beribu-ribu erti dan pengajaran buat kalian. Selamat menyambut nuzul Quran juga. Harini dah baca Quran belum?



Harini dah masuk hari ke tujuhbelas umat islam berpuasa. Tapi untuk saya, harini baru hari kesepuluh. Ngeh ngeh ngeh... Oh.. Dan harini jugak, hari di mana berakhirnya cukai jalan kereta saya, dan jugak tarikh tamat lesen memandu saya. Huh. Semua nak akhir hari ni. Sabo jela..



Maka tadi, cepat-cepat ke kedai gambar untuk ambik gambar nak renew lesen. Takkan nak guna gambar lama ye dak? Muka budak-budak. Tak matang. Padahal muka sekarang lagi berlambak-lambak jerawat berbanding dulu. Huhu..



TAPI.... Ada tapi kat sini. Gambar zaman matang ni lagi saya suka berbanding gambar dolu-dolu. Sebab, muka saya nampak lebih halus mulus tulus tanpa sebarang jerawat atau parut jerawat. Hasil pencahayaan atau teknik pengambilan gambar? Heheh. Tapi pipi nampak sangat tembam dan bibir nampak sangat pucat. Huh. Penat I oles bibir bagi kasi warna merah sikit.


Bila la nak dapat kulit semulus ni. =.='




Dan tadi sempat ke pusat zakat cawangan Kulim. Nak qada zakat pendapatan tahun lepas punya. Huhu... Dan dapat ini.



Sampul raya pertama tahun ni



Kaler biru youuu.... My feveret kaler ever. Err... Saya memang malas nak beli sendiri sampul duit raya. Hanya menunggu sampul-sampul free. Hahah... Huduh sungguh perangai. Tapi betul la. Nanti nak bagi orang, orang tu buang jugak. Betul tak? Betul tak?



pelan seterusnya untuk hari ni, petang ni mau ke bank untuk tukar duit. Then pegi cari baju raya. Setakat ni baru ada warna coklat & purple. Mau cari kaler hijau. Takde lagi baju kurung warna hijau. Harap-harap ada lagi saiz saya. Kalau boleh nak cari 2 pasang. Heh. Boleh gitu? Lepas tu dah petang sikit, mau ke rumah abang, nak amik cukai jalan.













Countdown:


10 hari lagi untuk balik kampung!!




Thursday, July 28, 2011

Kibarkan Jalur Gemilang


Dah habis cerita pasal bola sepak. Tak... Bukan sebab kalah saya tak nak cerita. Saya tetap rasa diorang menang. At least tak kalah teruk. Takde la dapat 0 berbalas angka lain. Itu dah cukup memadai. Ucapkan tahniah atas semangat mereka. Dah. Full stop. Jangan nak kutuk lebih-lebih. Komen membina adalah dibenarkan. (apa motif nih?)



Tujuan sebenar letak gambar bendera Malaysia? Mungkin sebab nak masuk Ogos kot, banyak dengar iklan tv suruh kibar bendera. Heh.







* Esok kena kerja lebih masa. Alhamdulillah, boleh tambah duit poket untuk raya nanti. ^_^


Jum tengok bola!!







Jangan tengok saje. Sokongan dan doa kalian amat diperlukan.

Saturday, July 23, 2011

Handle with care






Kenapa ye, saya rasa saya makin rapuh sejak sehari dua ni.

Tengok movie nak menangis.

Baca novel nak menangis.

Duduk diam saja-saja tak buat apa pun rasa nak menangis.

Kenapa?












Friday, July 22, 2011

Review buku (JS collection)


Bismillahirrahmanirrahim...


Gudnite all.. Heheh. Dah tengah malam baru sibuk nak bukak hikayat ceritera. Tapi betul la, nak cerita perkara yang jadi sepanjang hari mesti la kena tunggu malam kan? Heheh.


Eh, ada sape-sape dah tengok Harry Potter & The Deathly Hallow part 2? Saya nak tengok, tapi tak berkesempatan lagi. Huhu... Cadangnye nak tengok tadi, tapi dah terlekat dengan sesuatu, so tak dapek la den keluar.


Apa benda sesuatu tu?


Tadaaa.......



Ha,, ni la bendanya. Baru ambik kat pejabat pos pagi tadi. Akak yang jaga kaunter tu tanya, kuih raya ke ni? Adoii... Akak ni pun. Eksaited sungguh. Puasa pun belum. Ingat aku ni semangat sangat ke. Memang la dah order kuih raya, tapi baru order jela. Dekat-dekat nak raya nanti baru dapat.



So ini la isi dalam dia. Bukan kuih raya ok.


Dengan eksaitednya, terus bukak dan nak baca buku-buku ni. Tapi sebelum tu, sebenarnya semalam dah terfikir, kat mana nak letak buku-buku ni. Banyak sangat. Rak buku dah tak mampu menampung khazanah ni.



Tengok? Bersusun. Ni yang dikumpul dari zaman belajar. Ini pun tak semua. Ada sebahagian lagi terperap kat kampung.



Ini pulak dah campur yang terbaru. Haish... Kena bawak balik sikit ni. Housemate saya dah tak tau nak cakap apa bila dengar saya beli buku lagi. Heheh. Dia pun dah tak larat agaknya tengok rak saya penuh dengan buku-buku.


Selalu orang tanya saya, kenapa saya gila baca novel? Saya jawab sebab suka. Tapi di sebalik jawapan pendek tu, saya tau itu sebenarnya hobi yang saya tanam sejak kecik lagi. Dulu-dulu masa kecik, mak dan kakak selalu cakap pada saya, rajin-rajin baca buku. Jadikan baca buku tu hobi. Dan mungkin sebab masa tu saya kecik lagi, otak terima je apa kata-kata mak dan kakak, lalu simpan dalam peti ingatan sampai saya besar.


Dari kecik, saya didedahkan dengan huruf seawal umur 4 tahun. Umur 5 tahun saya dah boleh membaca dengan lancar. Masa tu emak memang takkan senang duduk kalau anak-anak tak boleh membaca sebelum masuk tadika. Jadi emak dan ayah akan berikan saya buku kosong yang kakak dan abang dah tak guna, dengan pensil sebatang. Emak akan tulis huruf A,B,C sampai Z atas buku tu, dan saya akan ikut. Kalau ada duit lebih, saya akan dapat buku khas untuk kanak-kanak nak belajar menulis.


Bila dah pandai menulis, emak ajar pula saya mengeja. Emak akan tulis perkataan yang senang-senang untuk saya ikut. Emak akan ajar sebut bunyi a, e, i, o, u. Dan saya akan ditinggalkan 'bermain' dengan perkataan sedang emak menyiapkan kerja-kerja rumah. Hasilnya, saya masuk tadika dengan ilmu yang cukup (ilmu budak tadika zaman itu-cukup dengan tau membaca dan mengira).


Masa tu, setiap kali nak masuk cuti sekolah hujung tahun, saya menuggu abang dan kakak bawak balik buku pinjaman yang diberi pihak sekolah. Buku pertama yang saya cari ialah buku teks Bahasa Melayu. Sebab dalam tu banyak cerita-cerita menarik. Hahaha.... Dan saya akan khatam buku-buku tu lebih awal sebelum abang dan kakak saya. Heheh.


Bertitik tolak dari situ la, saya sedar saya memang minat membaca. Malangnya minat ni hanya terhad kepada buku-buku bukan ilmiah sahaja. Kalau bagi saya buku-buku pelajaran, harus saya tertidur sebaik sahaja mula ayat pertama. *sigh*


Dulu-dulu, saya cuma sukakan novel yang berteraskan cintan cintun je. Biasa la, budak baru nak naik. Tapi sekarang, sejak saya terbaca 1 novel online (sekarang dah pun dibukukan), saya terus jatuh hati pada genre seperti itu. Ia mengisahkan tentang kebergantungan pada Tuhan dalam mencari jati diri yang hilang. Memang banyak manfaat yang saya dapat cerita tu. Dan bila dengar berita yang karya tu dah dibukukan, cepat-cepat cari kat kedai buku untuk beli. Tak nak la pinjam-pinjam ni. Konon-konon nak buat koleksi sendiri. Tak sangka, dari sebuah makin bertambah jadi berbelas-belas buah pulak dalam simpanan. Dan kebanyakannya dari koleksi ini. Kenapa? Sebab kebanyakan karya dari sini tak melalaikan. Sesuai untuk golongan remaja dan dewasa. Tiada unsur-unsur melampau.


Dan saya dah ada pilihan penulis yang saya suka. Yang karyanya tak pernah menegecewakan saya. Baca hasil tulisannya, saya belajar sedikit demi sedikit erti falsafah hidup. Mungkin itu falsafah hidup orang lain, tapi rasanya tak salah kalau kita ceduk mana-mana yang elok. Dan lagi, banyak pengalaman yang saya dapat dari hasil pembacaan ni. Orang kata, pengalaman mendewasakan kita. Dan saya yang tak cukup pengalaman sendiri, terpaksa cari inisiatif lain dengan melihat kepada pengalaman orang lain untuk dijadikan guru bagi mendewasakan diri.


Tapi, suka macam mana pun, satu perkara yang kita perlu sedar. Kebanyakan novel ditulis dengan pengakhiran yang menarik. Mungkin salah satu teknik pemasaran. Sama jugalah dengan cerita-cerita di televisyen. Dan kita yang hidup dalam dunia nyata, tak boleh terlalu taksub dengan ending yang sempurna tu. Sebab hidup selalu tak seindah seperti yang selalu tertulis dalam hikayat.

^_^




Indah bukan?








* baru habis baca sebuah. ada 2 buah lagi, target nak habiskan dalam masa cuti ni.

** ingat nak buat cerita pasal buku yang dah habis baca tu. tapi dah terpanjang pulak taip benda lain, terus hilang idea nak tulis review buku. adeyy..

Friday, July 15, 2011

Selamat pagi



Bismillahirrahmanirrahim....



Salam and hi all....



Detik ketika saya menaip ni, jam kat laptop menunjukkan pukul 5.17 pagi. Masih awal kan? Iye.... Bukan saya bangun awal. Tapi saya belum tidur lagi. Mata anda tak salah. Diulangi, saya masih belum tidur. Tak tau la apa masalah dengan mata ni. Gatal sungguh malam-malam takmau tidur. Siang-siang sibuk nak mintak dodoi. Eiiii.....


So, bertemankan perkara-perkara di bawah,


(keropok ikan perasa pedas + manis)




(burger mekdi-tetibe teringin)


saya menghabiskan malam dengan menonton drama Korea. Gila betul. Kalau menghabiskan waktu malam dengan tahajjud ke, mengaji Quran ke, patut jugak. Huhuh. Ok, saya sedar tu. T_T


Semua ni tak lain tak bukan disebabkan saya selalu berjaga malam untuk kerja, maka mata dah tak boleh tune untuk lelap waktu malam. Padahal semalam tidur dalam 4 jam je. Ngeee....... Hujung bulan ni nak masuk shift pagi, kena retune balik mata nih.


Ada beberapa minit je nak masuk waktu subuh. Ayam kat luar dah berkokok sejak pukul 3 tadi dah. Nak mandi la. Ayuh kawan-kawan, bangunlah dari tidur, buka mata pandang ke sana~~
^_*



* Update (5.35 pagi): dengar bunyi orang kat hall. Ada orang nak pegi kerja la tu. Ok, mandi sekarang.