Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ni aku nak cakap pasal kekasih gelap. Tak.... Bukan kekasih yang berasal dari Ghana atau Somalia atau India. Bukan bukan bukan ye kawan-kawan.. Yang aku nak bagitau kat sini pasal spare tyre / kekasih simpanan (ada ke kekasih simpanan? wahahah).
ni pun kategori kekasih gelap jugak ni--> kekasih yang suka tempat-tempat gelap
Petang semalam masa dah siap-siap nak pegi kerja (I shift malam bulan ni), my housemate balik kerja. Dengan muka penat, bukak pintu nampak aku belum pergi kerja, terus mengadu... "Zakiah, aku dah putus dengan bf aku". Mula tu cam blur jugak la kan. Mana taknya, balik kerja tetiba mengadu dah putus ngan bf. Eh, macam pelik je. Lagi peliknya, dah lama kot diorang couple. Dari zaman belajar. Ada la kot dah 3 tahun lebih. Mulanya aku tanya jugak, betul ke? Tak sempat nak korek lebih-lebih, housemate I bagitau bf dia ada orang lain. Oh!!!.... Actually her bf stay in JB, and she is here in Kulim. Kiranya ni long distance relationship la. Yang aku tak dapat nak terima, sebab rasanya baru minggu lepas diorang sms, calling calling. Tetibe minggu ni dah putus? Kalau korang mesti rasa terkejut jugak kan?
So dalam masa beberapa minit tu, dia mengadu la kat aku, kisah dia di-back stabbed oleh rakan sendiri. Alkisah bf duduk selatan, dia kat utara. Pastu pulak ada kawan perempuan dia kat selatan tu yang kerja dekat dengan company laki ni. Macam biasa la, bila hari-hari jumpa, selama setahun pulak tu, tergugat la iman. Laki tu lupa la yang dia tu dah punya gf kat Kulim ni. Kalau dah hari-hari melayan, jumpa, keluar makan selalu, timbul la rasa sayang kat satu sama lain. Dan ending dia? kawan aku ni la yang merana kat sini. Yang sedihnya, si perempuan tu yang mengaku terus terang kat kawan aku ni, yang dia dah tercouple dengan laki tu. Adoiyai.... anda sangat jujur wahai wanita...
Yang aku ni pulak lepas dia cerita tu, duk tak duk cakap kat dia, ntah-ntah ni suma prank je kot. Mana tau kawan ngan bf dia saje nak kenakan housemate aku ni. Nak tengok sejauh mana setianya housemate aku kat bf dia. Huhuh. Ni la padahnya kalau selalu baca novel cinta zaman sekolah dulu. T_T
Lepas dengar cerita dia semalam, menitik jugak la air mata aku. Huh. Tak cool langsung. Baru dengar cerita macam tu dah nak nanges. Tapi aku bukan suka-suka nanges. Aku tau macam mana perasaan kena backstab ngan kawan sendiri. Kalau dulu roomtae aku yang tengok aku berendam air mata, sekarang housemate aku pulak yang mengalami benda ni. Sedih jugak la nengoknye. Dan dalam sedih-sedih semalam, sempat lagi si deylin bukak hikayat lama tu plus komen 'membina' untuk aku. Ceh.
Tapi aku takleh nak cakap apa la kan. Kalau dah bukan jodoh kita, bercinta sepuluh tahun pun tetap kita tak akan kawen ngan dia. So aku pun bagi la nasihat paling bernas yang aku ada semalam, tinggalkan je laki tu. Bersyukur la tuhan tunjuk sekarang perangai sebenar dia macam mana. At least sempat lagi nak fikir - betul ke dia ni yang terbaik buat aku? Hahaha... nampak macam loser je alasan. Tapi think positive la kan? Dan aku rasa tu la antara perkara positif yang aku fikir dari dulu sampai sekarang. Muahahaha... Tapi betul la, nak salahkan laki ngan perempuan tu 100% pun tak boleh jugak. Memang diorang salah, tapi peratusnya ada la dalam 70-80%. Macam aku cakap tadi, kalau bukan jodoh kita nak buat macam mana ye tak? Just pray the best for them, InsyaAllah kita akan dapat habuannya. Lagi satu, hidup ni ada karma. Kau buat, kau dapat balasannya. Baik yang kau buat, baik la yang kau dapat. Cuma cepat atau lambat tu je kita tak tau.
So kepada kawan-kawan di luar sana, tak perlu la nak menangis frust tertonggeng kalau terkena situasi macam ni. Frust sikit-sikit tu takpela. Setakat nanges senyap-senyap dalam selimut taknak kasi roomate dengar, tu takpela (eh macam biasa buat je ^^). Takat hilang selera makan buat seminggu dua, perkara biasa la tu. Cuma jangan nak emo terlebih. Rilek sudah.
Kepada cik housemate, aku doakan kau tabah. Aku dah bagi nasihat yang aku rasa berguna. Semoga lebih ceria lepas ni. ^_^
* Sekarang nak sms ngan my bf kat depan housematepun cam takut-takut je. Takut melukakan hati dia.
-_-'