bismillahirrahmnirrahim....
just a quick update. petang tadi baru balik dari rumah abang. try ikut jalan kampung, masuk ikut tasik gelugor. Alhamdulillah, selamat sampai. tapi agak lambat la ikut jalan kampung. takleh bawak laju. sebab terpaksa kongsi jalan raya dengan 'pengguna' jalan raya yang lain seperti lembu dan kambing. khamis baru ni hampir terlanggar sekumpulan kambing yang teragak-agak nak melintas jalan. nasib baik sempat brek. kalau tak, harus banyak kambing-kambing yang kena sembelih.
esok kerja pagi. so malam ni perlu tidur awal supaya senang nak bangun seawal pukul 6 pagi esok.
ohh.. assignment tak siap lagi. masih berbaki 2 sub topik. kena buat assignment tajuk litho process. nasib baik jugak dapat proses yang agak senang. tak dapat bayangkan kalau dapat hot process, atau deposition (front/back end), ataupun etching. nasib baik juga dulu agak menumpukan perhatian dalam kelas fabrication untuk tajuk litho. tak tau kenapa, tapi saya suka litho process. oh. assignment ni saya kena present tau. rasa macam masuk u semula. ada assignment+presentation bagai. @_@'
emm.. ayah sakit di kampung. tak lalu makan. mak bagitau, berat badan ayah makin kurus. Ya Allah, sembuhkan penyakit ayah. kawan-kawan yang baca, minta tolong doakan kesihatan ayah saya. terima kasih. insyaAllah para malaikat akan mendoakan yang terbaik untuk anda semua.
last, geram dengan jiran sebelah rumah. adik-adik sekalian, tolong la jangan bising-bising waktu malam macam ni. eh. tak kira la malam ke siang. malu dik oi. kita perempuan kena cover suara. suara tu aurat ye adik-adik. apa kata jiran-jiran nanti. dah la jiran-jiran semua non-muslim. nanti diorang fikir islam menerapkan gaya hidup tak bermoral pada wanita islam. tak bagus...tak bagus.....
dah update semua kot. nak tidur. sebelum tu, nak pakai baju apa agaknya esok? harus cari baju yang tak payah digosok. dah tak larat nak gosok baju da ni. larat nak gosok gigi je. pastu nak bummm!!! atas katil.
zzzzzzzzzzzz~~~~
-_-