Thursday, August 2, 2012

7 bulan ...

Dah lama tak menjenguk ke sini. Tak berapa rajin nak menaip kat sini sebenarnya. Mungkin sebab hari-hari kerja menaip je kat pejabat, so dah muak tengok keyboard nih. -__-''

Tapi harini tiba-tiba muncul rasa nak datang sini. Sebabnya tadi 1 of my colleague SMS, bagitau yang dia nak resign. Biasa la perempuan, kalau ada apa-apa mesti akan find someone untuk share the story. Dan disebabkan aku sorang-sorang kat rumah ni, maka jadi lah aku kacang yang kembali mendapatkan kulit yang telah dilupakan dulu, meluahkan rasa kat sini. Honestly, sangat sedih bila dia SMS tadi sebab dia bagitau dia ada 3 minggu je lagi kat sini. Kiranya lepas aku balik cuti raya dia dah takde la. Dan sedih jugak sebab we are passdown partner. Meaning if I'm in night shift, she'll be in the morning shift. And we'll passdown to each other every morning and evening. Tapi yang jadi sebab aku sangat-sangat sedih sebab dia dapat tukar kerja dulu. Bila la rezeki aku nak sampai nih. Tak larat dah nak duduk berjauhan macam ni. Mak ayah kat kampung tu pun dah tak larat tanya bila nak tukar kerja dekat-dekat sikit.

So sempena bulan berkat ni, saya nak doa banyak-banyak supaya dipermudahkan urusan supaya saya dapat tukar kerja ke tempat yang lebih dekat dengan mak ayah saya. Aminn.... Sape-sape yang terbaca post ni, tolong la doakan untuk saya k. 

Sunday, December 18, 2011

Aku Minah Kilang

Ni cerita raya haji yang lepas. Aku balik kampung, jumpa kawan-kawan aku yang seingat aku kali terakhir kitorang jumpa bulan 12 tahun lepas. Punya la lama tak jumpa, so banyak la benda yang nak dibualkan..

Macam biasa la, sesi berak borak berborak bagi anak-anak dara kampung yang masih belum dipinang orang. Antara soalan-soalan padu yang ditanya: "bila ko nak bertunang?" "bila nak kawen?" "ko da ada boifren belum?" "ko cuti berapa lama?" "tau tak, si Temah tu nak kawen hujung tahun ni. ko pegi tak kenduri dia?" dan bla bla bla....

Dah dekat nak hujung-hujung sesi borak-borak, ada la kawan aku ni tanya aku, "ko keje apa sekarang?"

Aku pun jawab, "keje kilang.."

Sekali dia balas balik, "tipu la kalau ko keje kilang. Takkan keje kilang boleh pakai Myvi sebijik??"

Aku: .......................................







Cuba cakap kat aku, orang keje kilang tak boleh beli Myvi ke weh?

Sunday, October 16, 2011

Hidup perlu pembaharuan. Takkan nak duk takuk lama je..

Bismillahirrahmanirrahim..


Selamat hari ahad semua. Aku baru balik dari kampung hari khamis lepas. Tengok abang kesayangan yang baru eksiden jatuh motor langgar anjing. Nasib baik takde pape. Takat retak buku lali plus luka-luka kat muka ngan tangan. So sekarang berehat la beliau kat rumah bersenang lenang berjalan-jalan dalam rumah dan makan masakan mak aku selama sebulan. Macam syok je dapat MC sebulan. Hoh.


Aku dapat manager baru. Baru join department kitorang awal bulan aritu. Manager lama tukar department. Yang baru ni, sangat la komited dalam kerjaya. Sebelum ni berpengalaman dalam bidang semiconductor selama 12 tahun!! Pernah bekerja di Global Foundary S'pore. Bila masuk department kami, banyak la benda-benda yang kami tak tau yang dia ajar. Seronok. Tapi kadang-kadang tak seronok, sebab semua kerja dia nak cepat siap. Timeline dia selalunya tak pernah lebih 5 jam. Bagi kerja pukul 9 pagi, pukul 12 tengah hari dah nak tengok result. Kang bagi lagi pukul 12 tengah hari, pukul 2 petang dah nak tengok hasil. Perghhh...... Memang menguji tahap kelajuan minda berfikir.


Tapi seronok jugak la macam ni. Kalau dengan manager lama, kitorang banyak main. Dapat tugasan pagi, petang baru siap. Muahahaha... Dengan yang ni, sampai tak sempat keluar sarapan! Pernah sekali, makan tengah hari tak sampai setengah jam sebab tak sempat, banyak kerja lain nak kena setel. Hah. Baru masing-masing tau langit tinggi rendah, macam mana kerja dangan S'porean (he's from S'pore).


Hari ni ahad, hari off aku. Pagi-pagi dia dah hantar sms tanya scan result semalam. Adoi.... Terus hilang semangat bercuti.








* Tolong doakan abang aku cepat sembuh. Jeles jugak la tengok dia bersenang-senang kat rumah.

Wednesday, September 21, 2011

LIMA PULUH - LIMA PULUH



Pukul 6 petang tadi ada mesyuarat untuk department. Habis mesyuarat pukul 7.15 - Tak seronok

Sebelum mesyuarat ada makan-makan - Seronok

Bos banyak cakap - Tak seronok 

Bos umumkan pemberian bonus - Seronok + bahagia + gembira tak terkata















.....................................................................


* Lately, perut selalu buat hal. Tiap hari mesti kena buat appointment dengan jamban. Mungkinkah ini satu petanda yang aku bakal mengucapkan selamat datang kepada perut kempis?

Friday, September 16, 2011

Nyah Kau Dari Hidup Aku!!!!!


Aku benci dia. Benci yang bukan sikit-sikit. Banyak. Tak tau kenapa, ramai lagi wanita dalam dunia ni, aku jugak yang dia pilih. Hebat sangat ke aku ni? Istimewa sangat ke diri aku ni sampai dia acap kali datang menjenguk aku? Tolong la, aku tak pernah mintak disayangi macam ni. Aku tak pernah mintak dia hadir dalam hidup aku, mengintai gerak geri aku sehari harian. Aku nak jugak hidup bebas. Jauh dari gangguan dia. 


Selama ni, aku berdiam diri je tiap kali dia datang. Aku diam, terima apa je yang dia buat kat aku. Memang aku tak sudi terima dia, tapi aku tak tergamak nak halau dia. Minggu lepas dia datang, aku diamkan je. Tengok aku tak layan dia, dia pun blah dari hidup aku. Tapi minggu ni, dia datang lagi. Sakit hati bila tengok dia muncul lagi. Macam tak tau malu. Tak sedar diri, orang dah tak suka tak payah la terhegeh-hegeh lagi. 



Aku tau, kali ni aku kena kuat. Tak boleh berdiam diri lagi. Kali ni aku akan bersemuka dengan dia, sampai dia pergi jauh dari hidup aku. Kalau cara baik pun dia taknak ikut, aku akan guna kekerasan. Aku kena lebih agresif. Untuk menentang..











JERAWAT!!!!!





* ada tak petua nak mecegah jerawat? T___T
 

Wednesday, September 14, 2011

Kekasih Gelap


Bismillahirrahmanirrahim...




Hari ni aku nak cakap pasal kekasih gelap. Tak.... Bukan kekasih yang berasal dari Ghana atau Somalia atau India. Bukan bukan bukan ye kawan-kawan.. Yang aku nak bagitau kat sini pasal spare tyre / kekasih simpanan (ada ke kekasih simpanan? wahahah).

ni pun kategori kekasih gelap jugak ni--> kekasih yang suka tempat-tempat gelap



Petang semalam masa dah siap-siap nak pegi kerja (I shift malam bulan ni), my housemate balik kerja. Dengan muka penat, bukak pintu nampak aku belum pergi kerja, terus mengadu... "Zakiah, aku dah putus dengan bf aku". Mula tu cam blur jugak la kan. Mana taknya, balik kerja tetiba mengadu dah putus ngan bf. Eh, macam pelik je. Lagi peliknya, dah lama kot diorang couple. Dari zaman belajar. Ada la kot dah 3 tahun lebih. Mulanya aku tanya jugak, betul ke? Tak sempat nak korek lebih-lebih, housemate I bagitau bf dia ada orang lain. Oh!!!.... Actually her bf stay in JB, and she is here in Kulim. Kiranya ni long distance relationship la. Yang aku tak dapat nak terima, sebab rasanya baru minggu lepas diorang sms, calling calling. Tetibe minggu ni dah putus? Kalau korang mesti rasa terkejut jugak kan?


So dalam masa beberapa minit tu, dia mengadu la kat aku, kisah dia di-back stabbed oleh rakan sendiri. Alkisah bf duduk selatan, dia kat utara. Pastu pulak ada kawan perempuan dia kat selatan tu yang kerja dekat dengan company laki ni. Macam biasa la, bila hari-hari jumpa, selama setahun pulak tu, tergugat la iman. Laki tu lupa la yang dia tu dah punya gf kat Kulim ni. Kalau dah hari-hari melayan, jumpa, keluar makan selalu, timbul la rasa sayang kat satu sama lain. Dan ending dia? kawan aku ni la yang merana kat sini. Yang sedihnya, si perempuan tu yang mengaku terus terang kat kawan aku ni, yang dia dah tercouple dengan laki tu. Adoiyai.... anda sangat jujur wahai wanita...


Yang aku ni pulak lepas dia cerita tu, duk tak duk cakap kat dia, ntah-ntah ni suma prank je kot. Mana tau kawan ngan bf dia saje nak kenakan housemate aku ni. Nak tengok sejauh mana setianya housemate aku kat bf dia. Huhuh. Ni la padahnya kalau selalu baca novel cinta zaman sekolah dulu. T_T


Lepas dengar cerita dia semalam, menitik jugak la air mata aku. Huh. Tak cool langsung. Baru dengar cerita macam tu dah nak nanges. Tapi aku bukan suka-suka nanges. Aku tau macam mana perasaan kena backstab ngan kawan sendiri. Kalau dulu roomtae aku yang tengok aku berendam air mata, sekarang housemate aku pulak yang mengalami benda ni. Sedih jugak la nengoknye. Dan dalam sedih-sedih semalam, sempat lagi si deylin bukak hikayat lama tu plus komen 'membina' untuk aku. Ceh.


Tapi aku takleh nak cakap apa la kan. Kalau dah bukan jodoh kita, bercinta sepuluh tahun pun tetap kita tak akan kawen ngan dia. So aku pun bagi la nasihat paling bernas yang aku ada semalam, tinggalkan je laki tu. Bersyukur la tuhan tunjuk sekarang perangai sebenar dia macam mana. At least sempat lagi nak fikir - betul ke dia ni yang terbaik buat aku? Hahaha... nampak macam loser je alasan. Tapi think positive la kan? Dan aku rasa tu la antara perkara positif yang aku fikir dari dulu sampai sekarang. Muahahaha... Tapi betul la, nak salahkan laki ngan perempuan tu 100% pun tak boleh jugak. Memang diorang salah, tapi peratusnya ada la dalam 70-80%. Macam aku cakap tadi, kalau bukan jodoh kita nak buat macam mana ye tak? Just pray the best for them, InsyaAllah kita akan dapat habuannya. Lagi satu, hidup ni ada karma. Kau buat, kau dapat balasannya. Baik yang kau buat, baik la yang kau dapat. Cuma cepat atau lambat tu je kita tak tau.


So kepada kawan-kawan di luar sana, tak perlu la nak menangis frust tertonggeng kalau terkena situasi macam ni. Frust sikit-sikit tu takpela. Setakat nanges senyap-senyap dalam selimut taknak kasi roomate dengar, tu takpela (eh macam biasa buat je ^^). Takat hilang selera makan buat seminggu dua, perkara biasa la tu. Cuma jangan nak emo terlebih. Rilek sudah.


Kepada cik housemate, aku doakan kau tabah. Aku dah bagi nasihat yang aku rasa berguna. Semoga lebih ceria lepas ni. ^_^






* Sekarang nak sms ngan my bf kat depan housematepun cam takut-takut je. Takut melukakan hati dia.
-_-'

Friday, August 26, 2011

Raya! Raya!


Bismillahirrahmanirrahim..


Pagi uolzz...


Harini hari last korang kerja kan? Wah wah wah... seronok la ye?Esok dah mula cuti. Esok masing-masing nak balik ke kampung halaman. Ke ada yang start balik harini or semalam? Wahhhh lagi. Bestnye yang balik awal tuh. Saya balik esok pagi insyaAllah... Doakan saya selamat dalam perjalanan pergi dan balik. ^_^ Korang pun yang balik kampung, hati-hati di perjalanan.


Sebenarnya saya dah mula cuti semalam. Tapi esok baru nak balik pahang. Nak habiskan masa 2 hari ni dengan kawan-kawan. Saje la konon ambik mood nak raya sama-sama. Heheh.. Yela, saya kan kerja shift. Bulan puasa ni berapa hari je jumpa diorang. Mesti ada je clash dengan aktiviti lain. So malam tadi kitorang keluar untuk shopping kelengkapan yang belum lengkap. Kekekeke.... Korang punya persiapan raya macam mana? Dah lengkap semuanya?


Jom kita tengok check list untuk raya:


1. Baju raya

At last, saya dapat jugak baju kaler hijau. Weehuuuuuu.......


Tudung raya, tapi nampak lain pulak kaler bila dalam gambar.



2. Kuih raya

Ni kuih saya dengan dayah. Berbalang-balang, semua longgok kat ruang tamu. Keh keh keh... Semuanya saya beli kat kilang, order ngan sorang akak kat tempat kerja. Masa beli seronok je mengorder. Time dah dapat, nak bawak balik, mula la jenuh fikir tak tau nak angkut macam mana. Banyak sangat. Malu pulak bawak kuih banyak-banyak balik kerja. Last-last angkut 2 kali. Separuh bawak hari selasa, separuh lagi bawak hari rabu. Heheh.


Jeruk salak. Dulu-dulu tak pernah bawak balik jeruk untuk raya. Tapi sekarang dah boleh bawak la. Sumbat je dalam bonet, siap. Heheh. Ni pun saya ngan dayah yang punya. BUKAN saya punya sorang ok.... Jeruk ni boleh buat jamu tetamu masa raya. Jangan tak tau, kawasan kejiranan saya, diorang lebih suka kalau kita hidang jeruk, kerepek, kacang, dan yang sewaktu dengannya. Biskut-biskut ni, kalau yang cantik-cantik dan nampak sedap tu diorang makan la. Yang nampak pucat dan tak berapa nak sedap tu hurmmmm..... susah sikit nak disentuh.



3. Duit raya

Sampul sahaja. tunggu balik rumah baru nak isi duit. Sebab tak tau nak isi berapa.



4. Persiapan raya

Ni dayah ngan deylin. Malam tadi sempat lagi kitorang beli lampu kelip-kelip untuk pasang kat rumah. Semangat raya la konon. Pukul 11 malam terpanjat-panjat memasang lampu. Uncle depan rumah tu keluar masa kitorang pasang lampu ni, agaknya pelik kot- apa la budak ni buat malam-malam kat luar rumah riuh-riuh. Kekekeke....


Yang ni dayah punya. Bantal raya jugak katanya. Hadiah kat tepi tu, untuk kawan kitorang yang nak kawin lepas raya ni.



So, macam tu la persiapan raya versi anak dara rumah ni. Anda macam mana?


Oh terlupa. Sesiapa yang menggunakan lebuhraya utara-selatan, ni jadual perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS Expressways:



Tapi saya dah tentu tak ikut jadual ni. Mana taknya, tengok kat area yang kotak merah tu, perjalanan dari utara ke selatan yang nak masuk senawang, kena masuk lebuhraya pukul 6 petang. Kalau saya ikut, tak dapat la nak berbuka puasa dengan emak ayah. Heheh. Tapi memang bagus pun ikut jadual ni, sebab selalunya kalau balik, kitorang akan menempuh kesesakan dekat area Nilai ke selatan. Termasuklah kawasan kampung dekat Kuala Pilah, dan kampung-kampung berhampiran.


Eh, cakap pasal PLUS, teringat kat touch 'n Go yang belum top up lagi.


Ok la, nak sambung mengemas. Lepas ni nak isi minyak, cek angin tayar, basuh kereta, top up touch 'n Go, semua la. Petang ni gerak ke rumah abang, esok insyaAllah akan pulang ke kampung halaman. Kepada kawan-kawan, salam aidilfitri saya ucapkan. Mohon maaf atas semua salah silap yang saya lakukan, sedar mahupun tak sedar. Halalkan semua makan minum saya. Selamat bergembira untuk anda semua.


~SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN~



^_^